Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Harap Dapat Cari...

PUTRAJAYA - Malaysia cuba mencari negara lain yang sanggup menerima pemimpin pembangkang Kemboja...

Mahkamah The Hague Putuskan...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda, hari ini akan membuat keputusan...

RISDA Hasilkan Makanan Ternakan...

DUNGUN – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) melalui syarikat...

Pemain TRW Dapat Bonus...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menganggap The Red Warriors (TRW)...

Malaysia Berhak Dapat Kembali Wang Terlebih Bayar – Mahathir

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan berhak untuk mendapatkan semula wang yang telah terlebih bayar kepada syarikat milik kerajaan China, China Petroleum Pipeline Engineering Ltd. (CPP).

Menurut Perdana Menteri, syarikat berkenaan hanya menyiapkan 13 peratus projek sedangkan pembayaran yang dibuat adalah sebanyak 80 peratus daripada nilai projek berkenaan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan berhak untuk mendapatkan semula wang yang terlebih bayar itu.

“Saya tidak nampak China ada sebab untuk berasa tidak puas hati, kita tidak mengambil wang untuk kerja-kerja yang telah dibuat, tetapi kita mengambil semula wang yang dibayar bagi kerja-kerja tidak dibuat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden BERSATU, Tan sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri ketika ditanya siapa yang memberi arahan supaya wang yang terlebih bayar itu ‘dirampas’, beliau berkata:

“Saya berpegang kepada prinsip di mana sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek, kerajaan berhak mendapatkan kembali wang.”

Kementerian Kewangan sebelum ini menyatakan tidak pernah memberi sebarang arahan untuk merampas dana kira-kira RM1 bilion yang dimiliki sebuah syarikat milik kerajaan China, China Petroleum Pipeline Engineering Ltd. (CPP).


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan, arahan mengenai rampasan itu mungkin perlu dirujuk kepada agensi penguatkuasa, bukannya Kementerian Kewangan.

“Saya hanya mahu beritahu Kementerian Kewangan dan diri saya sendiri tidak pernah mengeluarkan arahan untuk merampas dana itu.

“Sekiranya ada rampasan dilakukan, anda boleh merujuk kepada agensi penguatkuasa. Itu sahaja yang saya mahu cakapkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sabtu lalu, media Singapura melaporkan, pihak berkuasa Malaysia telah merampas S$328 juta (RM993.3 juta) yang dimiliki sebuah syarikat milik kerajaan China, China Petroleum Pipeline Engineering Ltd. (CPP).

Memetik laporan berkenaan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengarahkan syarikat perbankan gergasi global, HSBC supaya memindahkan dana yang berada dalam akaun CPP di Malaysia ke dalam Suria Strategic Resources Sdn. Bhd. iaitu syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, awal bulan ini.

Kategori