Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

5 Dikhuatiri Hilang, Pesawat...

CARACAS – Lima penumpang sebuah pesawat ringan dikhuatiri hilang selepas pesawat dinaiki dipercayai...

‘Rise Ini Kalilah’ Peluang...

PETALING JAYA - Pelakon Mira Filzah menganggap tawaran berlakon dalam filem Rise Ini...

Doris Roberts ‘Everybody Loves...

DORIS Roberts yang terkenal dengan watak Marie Barone sebagai ibu kepada Ray Romano...

Jurang 53 Tahun, Pasangan...

MESKIPUN jurang usia mereka adalah 53 tahun, namun pasangan suami isteri di Amerika...

Malaysia Bakal Hadapi Defisit Teruk Bawah Pakatan Harapan

TIDAK ada agensi antarabangsa termasuk Bank Dunia yang meletakkan hutang negara Malaysia pada RM1 trilion, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tulisannya hari ini.

Menulis di Facebook, Najib menjelaskan agensi penarafan antarabangsa Moody’s, Standard & Poors dan Fitch Ratings semuanya tidak membenarkan dakwaan Pakatan Harapan bahawa hutang negara berjumlah RM1 trilion.

“Tiada satu pun dari ketiga-tiga agensi penarafan itu menyebut hutang negara Malaysia sebagai RM1 trilion.

“Laporan terkini dari Bank Negara Malaysia juga menyatakan bahawa hutang kita pada akhir bulan Jun 2018 ialah RM725 bilion iaitu kenaikkan dari hutang RM686 bilion pada akhir bulan 2017. Juga bukan RM1 trilion.

“Saya juga baca laporan Bank Dunia minggu lalu dan mereka juga tidak menyebut hutang Malaysia adalah RM1 trilion,” katanya.

Jelas Najib lagi, Bank Dunia pada minggu lalu menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia, yang dilaporkan secara meluas oleh media luar tetapi tidak mendapat liputan luas tempatan.

Pakatan Harapan bukan saja didedahkan memberi maklumat palsu berhubung hutang negara, tetapi juga kini terpaksa berhadapan dengan kemungkinan defisit yang teruk.

Najib memberi amaran defisit berganda bakal melanda negara di bawah pimpinan Pakatan Harapan apabila import meningkat berbanding eksport dan eksport minyak sawit merosot sehingga 27 peratus.

Memetik tulisan beliau dua bulan lalu, Najib berkata hal ini sudah dijangkakan selepas GST disifarkan.


“Banyak juga yang membimbangkan. Lebihan dagangan antarabangsa juga jatuh teruk dalam bulan Mei dan Jun kepada RM6 bilion iaitu setengah daripada lebihan RM13 bilion untuk bulan April kerana jumlah import kita telah naik dengan pesat manakala kadar pertumbuhan ekspot kita telah menurun.

“Ini mungkin disebabkan oleh GST disifarkan dan menyebabkan pengguna menjurus kepada pembelian barang import.”

Menurutnya lagi, lebihan dagangan Malaysia telah merosot dan diburukkan lagi oleh pengaliran keluar modal selepas pilihan raya lalu, hingga menyebabkan lebihan akaun semasa kita merosot teruk.

Jumlah ini telah merosot hingga AS$1 bilion, jauh kurang berbanding AS$15 bilion dalam suku lepas.

“Nampaknya kebimbangan saya pada masa itu semakin menjadi kenyataan. Saya harap kerajaan PH sentiasa prihatin tentang kemungkinan berlakunya 3 kali ganda defisit ini,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori