Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jabatan Imigresen Buru Pendatang...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melakukan operasi memburu dan menangkap...

SKMM Rampas 11 Parabola...

GEORGETOWN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan 11 nelayan dan merampas...

[RASMI] Rubiah Wang Pertahan...

PETALING JAYA : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Rubiah Wang mempertahan kerusi...

Pensijilan MeSTI Bantu Usahawan...

HARI ini, Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd. merupakan antara nama besar dalam perniagaan...

Malaysia Akan Tuntut Penjelasan FAA – Mahathir

KUKUP – Malaysia akan menuntut penjelasan dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) mengenai tindakan mereka menurun taraf Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dari kategori satu ke kategori dua.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata adalah tidak adil untuk pihak FAA membuat demikian tanpa memberi penjelasan.

Jelas perdana menteri, sekiranya tindakan itu disertakan dengan penjelasan munasabah, Malaysia melalui CAAM boleh mengambil langkah yang diperlukan bagi memperbaik keadaan.

“Kita nak tahu apa sebenarnya penurunan ini, apa kesannya dan kita akan atasi. Kalau dia kata kita tak cekap dan sebagainya, kita telah tunjuk bahawa lapangan terbang KLIA ini antara 20 terbesar dunia.

“Bahkan mereka (orang Malaysia) diberi kepercayaan mengurus lapangan terbang di Turki yang kita tahu bukan kecil. Penggunanya sahaja 31 juta orang.”

Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Pontian, sempena Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, di sini, hari ini.


Pada 12 November lepas, Bernama melaporkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai berkata ia yakin akan disenaraikan semula dalam Kategori 1 FAA Amerika Syarikat bagi keselamatan udara dalam tempoh 12 hingga 24 bulan.

Ahli Lembaga CAAM, Afzal Abdul Rahim berkata pihaknya yakin dapat menyelesaikan perkara yang dibangkitkan FAA dalam tempoh tersebut.

Untuk rekod, Malaysia berada dalam Kategori 1 sejak 2003. – Astro AWANI

Kategori