Malaysia Akan Bantu Palestin Tangani COVID-19

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menghantar sumbangan kepada Palestin bagi membantu usaha negara itu menangani wabak COVID-19.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata keputusan itu adalah susulan perbualan telefon antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada 6 April lalu.

Sumbangan berkenaan adalah hasil kerjasama antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Perusahaan Perladangan Komoditi serta Pertubuhan Amal THZ.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Sumbangan ini akan disalurkan kepada kerajaan Palestin melalui Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan dengan kerjasama Kedutaan Besar Palestin di Amman.

“Melalui penerbangan ini juga, Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India sedang menguruskan persiapan terakhir membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Jordan dan India,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Wisma Putra, hari ini.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, Depoh Tindak Balas Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRD) akan melaksanakan beberapa rancangan di negara ini bagi menangani COVID-19, antaranya penyatuan kargo yang diimport Program Makanan Dunia (WFP)-UNHRD di Malaysia dan dieksport semula sebagai bantuan ke negara lain.

Antara barangan yang diimport dari China adalah termometer, pelitup muka, sarung tangan, kasut, cecair pembasmi kuman dan Disinfectant Effervescent Tablets.

“Barangan ini akan dieksport ke Bangladesh, Bhutan, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Nepal, Pakistan, Republik Korea, Sri Lanka, Thailand dan Timor Leste,” katanya.

Selain itu katanya, UNHRD juga merancang untuk membeli sarung tangan getah dari Malaysia yang dijangka dihantar ke negara yang memerlukan di seluruh dunia. – BH Online

Loading...