Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

100 Ekor Anjing Jalanan...

GEORGE TOWN - Sebanyak 100 ekor anjing jalanan di kawasan Tanjung Bunga, Batu...

Tengkorak Manusia Ditemui Di...

HULU SELANGOR - Tengkorak manusia ditemui dekat tapak pembinaan lot tempat letak kenderaan...

GoAsean Kini Boleh Ditonton...

KUALA LUMPUR - Penonton saluran kembara pertama di dunia mengenai ASEAN, GOASEAN kini...

Isu RUU 355: Awas...

SETAKAT ini, sejak Hari Penamaan Calon 5 Jun lalu, hanya Zairil Khir Johari bersendirian...

Malaysia 1 Dibida Pada RM1.11 Juta

PUTRAJAYA – Nombor siri pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1’ dibida pada harga RM1,111,111 sekali gus menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata jumlah jualan kesemua nombor khas 1 hingga 10 bagi siri ‘Malaysia’ yang dikeluarkan sempena Hari Kebangsaan adalah bernilai RM3.6 juta.

“Setakat ini kerajaan mendapat hasil kutipan tender keseluruhan sebanyak RM13.16 juta bagi siri nombor pendaftaran khas Malaysia.

“Sebelum ini berlaku banyak ‘ketirisan’ pada pentadbiran sebelum ini apabila nombor-nombor khas ini hanya diberikan kepada badan bukan kerajaan untuk dijual dengan harga tender sebanyak RM1 juta.


“Tetapi hari ini kita buktikan dengan hanya nombor 1 hingga 10 sahaja, kita boleh raih RM3.6 juta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, satu-satunya nombor pendaftaran yang tidak ditender adalah Malaysia 2020 yang akan dikhaskan bagi kenderaan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selai itu katanya, nombor ‘Malaysia 1’, ‘Malaysia 2’ dan ‘Malaysia 4’ dibida oleh syarikat Aldi International Sdn Bhd. – BH Online

Kategori