Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suspek Bunuh Tiga Warga...

Kuala Lumpur : Dua suspek utama yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan tiga...

Peluk Islam Untuk Tinggalkan...

PULAU PINANG - Terjebak dengan hubungan sejenis sejak usia 10 tahun, Abdul Maliq...

KL2017: Malaysia Cemas Sebelum...

SHAH ALAM - Malaysia menjadikan Singapura sebagai mangsa kedua mereka dalam acara bola...

Nasi Lemak Punca 197...

SHAH ALAM - Nasi lemak yang disediakan oleh pihak katerer disyaki menjadi punca...

Makmal Proses Dadah Di Klang Diserbu

KLANG – Sebuah makmal memproses dadah di kawasan kilang di Telok Gong di sini diserbu polis pada 3 Oktober lalu sekali gus membawa rampas dadah jenis syabu bernilai RM200,000.

Serbuan kira-kira pukul 8 pagi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan itu turut berjaya menahan lima lelaki berumur 25 hingga 31 tahun.

“Dua daripada yang ditahan ialah warga tempatan yang juga adik beradik dan pemilik kilang tersebut manakala dua lagi warga Bangladesh dan seorang warga Iraq.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas 412 gram dadah yang dianggarkan bernilai RM200,000 selain menyita peralatan membuat dadah, dua kereta Mazda 3 dan sebuah lori Isuzu,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Tambah Shamsul Amar, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Kategori