Maklum Balas Mengenai Perdaya Pelajar & PTPTN

SECARA rasmi PTPTN tidak menerima aduan daripada pelajar berkaitan isu yang dibangkitkan oleh PPIM. Namun demikian kita pandang serius isu ini, dan akan mengambil tindakan lanjut sesuai dengan bidang kuasa mengikut akta dan peraturan yang kita ada.

Sudah tentu sebagai Pengerusi PTPTN, pasti saya ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan perkara dibangkitkan dalam sidang media mengenai isu IPTS Perdaya Pelajar yang diadakan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi @ Datuk Nadzim Johan pada 4 Januari 2018 sebelum sesuatu tindakan diambil.

PTPTN sentiasa mengutamakan penerima pinjaman PTPTN. Justeru itu bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara, PTPTN seberapa segera akan mengadakan perbincangan dengan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan pelajar berkenaan mengenai isu yang dinyatakan dalam masa terdekat setelah maklumat lengkap PTPTN perolehi.

Diharapkan masalah ini akan dapat diatasi segera dengan perbincangan yang diadakan kelak, dengan melibat semua pihak mengikut bidang kuasa yang PTPTN ada.

Bagi PTPTN sewajarnyalah IPTS mestilebih telus dalam menguruskan perihal pelajar. Namun demikian, sekali lagi saya nyatakan jika terbukti dan beberapa perkara yang berlaku itu di bawah bidang kuasa PTPTN kita akan ambil tindakan mengikut kuasa yang ada.

Walau bagaimana pun jika ianya dibawah kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT ) maka pastinya kita akan berbincang dengan mereka agar perkara ini diselesaikan jika betul ia berlaku.

Apapun PTPTN akan meneliti perkara ini kerana PTPTN bertanggunhjawab memastikan pelajar yang menerima pembiayaan kita diberikan pembelaan.

PTPTN juga berharap PPIM dapat berkerjasama dgn menyalurkan maklumat yg mereka ada dan PTPTN akan melihat tindakan yang bersesuaian mengikut kuasa yang kita ada.

YB Dato’ Dr Shamsul Anuar bin Hj Nasarah
Pengerusi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

-MYNEWSHUB.CC