Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kereta Peronda Polis Terbabas...

BAGAN SERAI - Dua anggota polis terselamat apabila sebuah kereta peronda polis yang...

Sperma Lemah, Kesuburan Singapura...

SINGAPURA kini berdepan dengan masalah kualiti sperma lelaki yang tidak kuat selain kurang...

Kelantan Tarik Diri Dari...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menarik diri kerana...

Perlis Komited Bangun Pendidikan...

KANGAR - Kerajaan negeri Perlis komited terhadap pembangunan pendidikan Islam dan al-Quran, serta...

Makkal Sakti Buat Laporan Polis Terhadap Tun M

BUTTERWORTH – Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini membuat empat laporan polis terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa mengucapkan perkataan ‘keling’ pada ucapan umumnya yang disifatkan menghina kaum India di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata perkataan yang diucapkan oleh Dr. Mahathir itu dianggap berbaur rasis dan tidak patut sama sekali dinyatakan oleh seorang bekas pemimpin yang sememangnya arif tentang penduduk negara ini yang berbilang kaum.

“Pada dua hari yang lepas semasa pelancaran manifesto parti (Pakatan) Harapan, beliau telah mengeluarkan satu perkataan yang mana beliau sehingga hari ini tidak mahu memohon maaf terhadap kaum India. Ia benar-benar mengguris hati kami,” kata Thanenthiran pada sidang akhbar di hadapan Balai Polis Butterworth, di sini.

Beliau turut menggesa Dr. Mahathir supaya membuat permohonan maaf secara terbuka pada bila-bila masa di samping berharap polis akan menjalankan siasatan, tindakan dan tangkapan ke atas Dr. Mahathir supaya masyarakat India tidak lagi dihina oleh mana-mana pihak. – BERNAMA

Kategori