Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bantu Pelajar Kurang Bernasib...

KUALA LUMPUR – Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Tabung Pendidikan 1...

Jumlah Sebenar Mangsa Tanah...

BATANG KALI: Angka sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father's Organic...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul...

Hilang Telinga Dalam Nahas,...

SEORANG lelaki di China yang pernah kehilangan sebelah telinga ketika kemalangan tahun lalu...

Makin Ketinggalan, Orang Melayu Perlu Teroka Industri Baru

KUALA LUMPUR – Orang Melayu perlu meneroka industri baharu dan menimba pengalaman dalam sektor berkenaan bagi mengubah nasib kaum itu seperti yang dilakukan oleh rakyat Korea Selatan sejak sekian lama.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat ketika ini pelan yang strategik diperlukan untuk membawa kaum itu supaya lebih berpendidikan dalam industri baharu.

“Kita makin ketinggalan berbanding negara maju lain contohnya Korea (Korea Selatan), masa dahulu kita (Malaysia) lebih maju dari Korea tapi sekarang Korea tinggalkan kita.

“Ya, mereka (Korea Selatan) memang berusaha meneroka teknologi terkini dan mempelajari serta menjadi pemain kepada industri tersebut. Jadi, kena ada agenda (seumpama) itu dalam orang Melayu dan dibantu dengan dasar yang betul,” katanya.

Dalam Kongres Maruah Melayu semalam, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad berkata, hanya Melayu yang boleh memulihkan maruah mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya dalam mengatasi isu maruah Melayu yang sering dipandang hina di negara sendiri.

Menurut perdana menteri, kerajaan dengan sendirinya walaupun dipimpin oleh Melayu, tidak boleh memulihkan maruah Melayu sekiranya kaum itu tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib mereka.

Dalam pada itu, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Jayum Jawan berpendapat bahawa orang Melayu dan Bumiputera perlu sentiasa menyediakan diri mereka untuk bersaing secara bebas tanpa bantuan dan melakukannya atas kemampuan diri.

Beliau menjelaskan, persaingan ekonomi bagi orang Melayu bukanlah semata-mata dengan kaum lain dan sekadar dalam negara memandangkan dunia global tidak mengira siapa dan tidak akan menunggu Melayu dan Bumiputera.

“Persaingan dalam zaman dunia tanpa sempadan ialah di peringkat global, di mana hasil dan keuntungan adalah lebih besar, pasaran dan permintaan barangan juga besar serta tiada had.


“Itu patut dijadikan medan perebutan, persaingan dan bukan dalam Malaysia yang amat kecil,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Mahathir berhubung kegagalan orang Melayu merebut peluang yang ada menyebabkan orang asing mengambil peluang tersebut dan memajukan diri mereka sehingga menjadi kaya di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata walaupun amanat Perdana Menteri pada Kongres Maruah Melayu kedengaran perit, namun ia harus diambil secara positif.

“Generasi muda orang Melayu perlu membuktikan mereka mampu berjaya sekali gus memperbaiki tahap kehidupan mereka.

“Anggaplah ucapan Mahathir itu sebagai cabaran untuk kita berubah terutamanya bagi generasi muda. Kita perlu buktikan bahawa kita bukan lemah dan mampu berjaya seperti bangsa lain,” katanya ketika diminta mengulas ucapan Mahathir selepas kongres berkenaan.

Dalam pada itu, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyokong ucapan Mahathir yang menyatakan kegagalan kaum Melayu adalah disebabkan sikap mereka sendiri.

Kaum Melayu juga dilihat tidak menggunakan asas agama sebagai pendorong untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik, katanya.

Kategori