Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mohammed Ghaddar Secara Rasmi...

JOHOR BAHRU - Penyerang import, Mohammed Ghaddar hari ini secara rasmi diperkenalkan sebagai...

Taiwan Tersilap Cetak 200,000...

TAIPEI - Taiwan terpaksa membatalkan agihan lebih 200,000 pasport baharu apabila tersilap mencetak...

45 Maut Pertempuran Di...

KIEV – Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam pertempuran di Ukraine sejak 24 jam...

Kenangan ‘Tidur Lambak’ Ketika...

MASIH teringat-ingat, zaman kanak-kanak merupakan saat paling seronok ketika pulang berhari raya di...

Makcik Ini Hilang Motor, Lelaki Ini Jadi Hero

KISAH seorang wanita yang baru-baru ini kehilangan motosikal di hadapan pasar raya di Balok, Kuantan, telah mendapat perhatian ramai selepas kisahnya diviralkan dalam laman sosial Facebook.

Motosikal jenis Honda C70 milik Mardiana Abas, 38 dari Kampung Sungai Karang Darat dicuri ketika dia sedang membeli barangan dapur di pasar raya tersebut kira-kira jam 11.30.

Malah, dalam kejadian itu dikatakan kasut sekolah milik anaknya juga turut dilarikan oleh pencuri motosikalnya.

Insiden yang menimpa kepada wanita berkenaan turut mendapat perhatian seorang ahli perniagaan dari Melaka, Rafi Ahmad 38.

rafi2

Bertindak atas dasar simpati, beliau nekad datang ke Kuantan dan membeli sebuah motosikal terpakai jenis Honda EX5 untuk dihadiahkan kepada wanita malang itu selain menyampaikan sumbangan daripada orang ramai.

rafi5


Rafi berkata, dia simpati dengan nasib menimpa Mardiana yang kehilangan motosikal kerana dia pernah melalui pengalaman sama satu ketika dulu selain mahu membantu meringankan beban wanita berkenaan yang hanya berniaga kecil-kecilan.

rafi3
Rafi menyerahkan motosikal yang dibelinya kepada Mardiana di kediaman wanita terbabit di Kampung Sungai Karang Darat.

rafi4

Tindakan Rafi itu turut mendapat perhatian di media sosial dan rata-rata netizen memuji sikap mulia yang ada pada pemuda ini.

Semoga kita semua dapat mencontohi sikap yang ditunjukkan saudara Rafi ini. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori