Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kemasukan Tingkatan Enam Hanya...

KUALA NERUS - Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya...

Suspek Kes MH17 Bebas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Ukraine hari ini membebaskan dengan jaminan seorang suspek yang...

Imej Politik Islam Terjejas...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat mendakwa Imej...

McDonald’s Indonesia Agih Percuma...

JAKARTA - McDonald's Indonesia kembali merayakan Hari Sarapan Kebangsaan 2018 dengan kali ini...

Mak Nyah Tak Mengaku Bogel Atas Kereta

KUALA LUMPUR – Seorang mak nyah yang menjadi viral kerana berbogel sambil menari di persimpangan Jalan Bukit Bintang di sini minggu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan berkelakuan tidak sopan.

Tertuduh Kent Caburnay Acuin, 29, yang berasal dari Cebu membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Rahni Kartini Abd. Karim selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam jurubahasa dalam Bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan, Kent didakwa memanjat kereta Honda City warna kelabu dalam keadaan berbogel dengan berkelakuan tidak sopan sehingga menganggu keamanan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Sultan Ismail di sini pukul 10.40 pagi pada 13 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian mengarahkan Kent yang tidak diwakili peguam itu ditahan reman dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 April depan untuk sebutan semula kes.


Pada 13 Mac lalu Kosmo! melaporkan seorang individu berbogel sambil melakukan aksi lucah di hadapan sebuah pusat beli belah di sekitar Jalan Imbi, berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Bintang, di sini.

Dalam video yang tular dalam laman sosial itu, seorang mak nyah dipercayai warganegara Filipina, yang tidak berpakaian berjalan di tengah jalan raya sekitar Jalan Barat off Jalan Imbi.

Mak nyah terbabit kemudian turut didapati berdiri di atas sebuah kereta sebelum menuju ke arah kereta lain. – K! ONLINE

Kategori