Majoriti Mahu Berhari Raya Di Rumah Sahaja

PUTRAJAYA – Sebanyak 74 peratus daripada 215,712 responden atau rakyat di negara ini memilih untuk berhari raya bersama keluarga yang tinggal di dalam satu rumah pada Aidilfitri ini kerana bimbang berlakunya peningkatan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kaji selidik itu bukan bertujuan mendapatkan pandangan daripada rakyat Malaysia berhubung mahu mengetatkan atau melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebaliknya melihat cara dan keinginan beraya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Sebenarnya ada tiga soalan dikemukakan dan dua lagi soalan itu bertanyakan sama ada mahu kerajaan membenarkan untuk berhari raya bersama dengan keluarga terdekat daripada rumah berasingan dan ketiga ialah berhari raya dengan saudara mara jauh dan jiran tetangga,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 20 peratus responden memilih soalan atau pernyataan kedua manakala enam peratus sahaja mahu berhari raya bersama keluarga jauh dan jiran tetangga.

“Jika begini trend dan keinginan rakyat Malaysia iaitu 74 peratus memilih untuk berhari raya bersama keluarga yang tinggal di dalam satu rumah yang sama, saya tidak bimbang kerana itu harapan kerajaan walaupun kita memberikan sedikit kelonggaran ketika berhari raya.

“Jika semua mengikut jejak langkah sama seperti 74 peratus responden ini saya yakin kita dapat putuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan mengelakkan wujudnya kluster baharu,” katanya. – Sinar Harian

Loading...