Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bersedia Kemungkinan Selepas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan, yang menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) yang tidak pernah berlaku...

Jangan Terpedaya Perkhidmatan ‘Cash-Out’...

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran-tawaran perkhidmatan di...

MOTAC Mohon Bahagian Hasil...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bercadang memohon sejumlah peruntukan hasil...

Pasangan Kekasih Didakwa Miliki...

BUTTERWORTH - Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Majoriti Aduan Kenaikan Harga Makanan, Minuman

ADUAN mengenai kenaikan harga makanan dan minuman mendominasi purata 4,000 aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap bulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata lebih 50 peratus aduan yang diterima ialah mengenai kenaikan harga makanan dan minuman di premis makanan, ‘food court’ dan restoran.

Dua lagi aduan tertinggi yang diterima ialah penipuan urusniaga dalam talian dan iklan yang mengelirukan, katanya kepada media selepas menyaksikan majlis serah nota terima tugas oleh mantan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Jamil Salleh yang bersara pada 7 Januari kepada penggantinya Datuk Muez Abdul Aziz di kementerian itu di sini hari ini.

“Kesemua aduan diterima melalui lapan saluran termasuk aplikasi WhatsApp,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga makanan di kantin sekolah yang dilaporkan media.

Menurut Saifuddin Nasution, KPDNHEP ada menerima aduan mengenai kenaikan harga makanan yang dijual di kantin sekolah namun hanya “satu atau dua aduan sahaja”.

“Apabila menerima aduan berhubung harga makanan di kantin sekolah, KPDNHEP akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan dan jika sah aduan itu ‘legitimate’, KPDNHEP boleh syorkan langkah sewajarnya yang akan diambil,” katanya.

Sementara itu mengulas dakwaan Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim bahawa Putrajaya berdiam apabila Singapura ‘membelasah’ Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, Saifuddin Nasution, yang merupakan Setiausaha Agung PKR, berkata sebarang isu melibatkan Malaysia dan Singapura perlu diselesaikan melalui perbincangan dan saluran diplomatik dan bukannya perang mulut atau membuat kenyataan terbuka.


Namun katanya semua pihak berhak memberikan pandangan masing-masing dan hak setiap individu itu perlu dihormati.

“Singapura merupakan jiran terdekat Malaysia dan sepanjang sejarah berjiran ada pasang surut dalam hubungan kedua-dua negara yang melibatkan sejumlah isu. Namun, ia tidak patut diuruskan secara perang mulut,” katanya.

Dilaporkan Mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) antara Malaysia dan Singapura yang dijadualkan pada 14 Jan ditangguhkan.

Singapura dilaporkan mahu mesyuarat itu ditangguhkan kerana mendakwa Osman telah menceroboh perairan Singapura pada 9 Jan semasa melawat pelabuhan Johor Bahru. Osman menegaskan beliau tidak menceroboh perairan Singapura dan beliau hanya melihat pasukan keselamatan Malaysia melakukan tugas mereka. – BERNAMA

Kategori