Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Viralkan Maklumat Palsu...

KOTA BHARU - Orang ramai diminta supaya tidak menyebar gambar dan maklumat palsu...

Pengiktirafan UEC Di Melaka...

MELAKA – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) oleh Kerajaan Negeri Melaka hanya melibatkan...

Ramai Penduduk Shah Alam...

SHAH ALAM - Dakwaan berkenaan penduduk di sebuah taman perumahan di Seksyen 23,...

Pemandu Lori Lawan Arus...

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan...

Majlis Tahnik Anak Siti: 8 Individu Dirakam Keterangan

AMPANG – Polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes masih lagi dalam siasatan dan pihak polis dalam tindakan mengesan dan akan memanggil semua individu yang berkaitan dengan kes untuk dirakam keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan polis akan memanggil penganjur majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran SOP PKPB.

Terdahulu, pengguna media sosial mempersoalkan isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air, Siti Nurhaliza.


Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila individu itu dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik.

Antara yang dapat dilihat di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal iaitu Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain. – myMetro Online

Kategori