Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Ustak Ipang’ Makin Tersohor...

KUALA NERUS - Sejak muncul di pentas bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan...

Belanja Raya Ikut Keperluan...

KUALA LUMPUR - Berbelanja lebih menjelang musim perayaan, sudah menjadi kebiasaan bagi orang...

Mak Nyah Tak Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang mak nyah yang menjadi viral kerana berbogel sambil menari...

Ibu Tak Sedar Anak...

SEORANG kanak-kanak lelaki empat tahun mencetuskan panik orang ramai apabila dilihat berada di...

Majlis Presiden Pakatan Ambil Pendirian Pertahan Guan Eng

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan walaupun sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa yang sangat serius di mahkamah.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan mendakwa kononnya Guan Eng tidak bersalah dalam kes tersebut sebaliknya menjadi mangsa politik yang bertujuan mengukuhkan kedudukan kerajaan.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan itu secara tidak langsung turut memberi amaran akan mengheret dan mempergunakan rakyat bagi memastikan Guan Eng dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

“Pimpinan Pakatan Harapan dari ketiga-tiga parti akan turut serta dalam program-program seluruh negara untuk membawa pemangsaan politik terhadap Guan Eng ini kepada rakyat.

“Majlis Presiden juga buat kesekalian kalinya menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (banduan kes liwat) adalah mangsa konspirasi politik dan perlu dibebaskan segera,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP selaku bapa kepada Guan Eng, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.


Kenyataan itu bagaimanapun secara tidak langsung menunjukkan sifat jelik sebenar Pakatan Harapan yang sebelum ini sering melaungkan mana-mana pemimpin yang berhadapan tuduhan di mahkamah perlu bercuti atau meletakkan jawatan demi menjaga integriti.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam pada itu mengecam Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman kerana didakwa cuba memecah belahkan perpaduan kaum di Malaysia dengan melabel DAP sebagai kafir harbi.

“Kami yakin Pakatan Harapan adalah gabungan politik terbaik untuk mengukuhkan persaudaraan pelbagai kaum di negara ini. Pakatan Harapan akan meneruskan program yang meningkatkan rasa hormat kepada pegangan dan amalan setiap kaum,” dakwa kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori