Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Yang Di-Pertuan Agong Berangkat...

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat...

Arak Cap Timah Provokatif...

PUTRAJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kesal dengan tindakan pihak mengeluar dan...

ADUN Sungai Kandis Meninggal...

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei,...

Picit Alat Sulit Bapa...

SEOARANG wanita telah didakwa membunuh bapa mertuanya dengan memicit alat sulit lelaki berkenaan...

Majlis Peguam Kutuk Peguam Upah Samseng

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam Malaysia mengutuk keras pembabitan mana-mana peguam dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang, yang dianggap sebagai tindakan salah laku profesional dan perlanggaran etika profesional yang serius.

Presidennya George Varughese dalam satu kenyataan berkata Majlis Peguam meneliti dengan penuh prihatin kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, yang mengatakan bahawa ada peguam yang mewakili pemaju tanah di mana terletak kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya, mengupah sekumpulan lelaki untuk menceroboh dan mengawal kuil itu.

“Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan rapi terhadap sebarang salah laku. Jika ada bukti atau salah laku profesional, pihak kami akan membuat aduan segera kepada Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara (ASDB).

“Ia akan menjadi tanggungjawab ASDB – badan bebas Majlis peguam, yang ditubuhkan bagi menyiasat salah laku profesional – untuk mengadili perkara itu dan melaksanakan hukuman disiplin yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata Majlis Peguam bersedia untuk menghulur bantuan kepada pihak berkuasa dalam siasatan perkara itu. – BERNAMA

Kategori