Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Lebih 100 Rumah...

TAWAU - Kira-kira 1,000 orang hilang tempat tinggal apabila lebih 100 rumah hangus...

‘Memang Tak Reti Bersyukur...

LARI lagi, itulah perkataan yang sering diungkapkan oleh majikan yang sudah bosan dan...

Demokrasi Musnah Jika Pakatan...

KUALA LUMPUR - Sistem demokrasi Malaysia bakal hancur jika Pakatan Harapan (PH) menang...

Warden Penjara Sakit Jantung...

HOUSTON - Sekumpulan lapan banduan bergari di Texas merempuh keluar dari sel mereka...

Majikan Eropah Berhak Larang Pekerja Pakai Tudung

LUXEMBOURG – Syarikat di seluruh Eropah diberi hak melarang pekerja memakai simbol agama atau politik termasuk tudung di tempat kerja.

Keputusan bersejarah itu dibuat Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) pada Selasa.

ECJ berkata, larangan itu bukan diskriminasi sekiranya sesebuah syarikat sememangnya mempunyai peraturan melarang pemakaian simbol politik, falsafah atau agama.

Menurut mahkamah itu, undang-undang Kesatuan Eropah (EU) melarang diskriminasi berdasarkan agama tetapi tindakan G4S dibuat berdasarkan prinsip untuk melayan semua pekerja secara sama rata, manakala larangan itu tidak disasarkan kepada seorang individu sahaja.

“Peraturan itu (G4S) melayan pekerja sama rata dengan meminta mereka untuk berpakaian secara neutral dan tanpa pengecualian,” kata ECJ dalam keputusannya.

Mahkamah beribu pejabat di Luxembourg itu membuat keputusan berhubung kes seorang wanita Islam yang dipecat oleh firma keselamatan G4S di Belgium selepas tetap dengan pendiriannya untuk bertudung.

Kes pada 2003 itu bermula apabila Samira Achbita diterima bekerja sebagai penyambut tetamu oleh G4S di Belgium.

Ketika itu, firma berkenaan mempunyai peraturan tidak bertulis bahawa pekerjanya tidak boleh memakai sebarang simbol politik, agama atau falsafah semasa bekerja.

Pada 2006, Samira memberitahu G4S bahawa dia mahu memakai tudung di tempat kerja tetapi dilarang majikannya.


Firma tersebut kemudian memperkenalkan larangan rasmi seumpamanya dan seterusnya memecat Samira. Susulan itu, dia memfailkan aduan di mahkamah kerana mendakwa menjadi mangsa diskriminasi.

Selain itu, kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) menyifatkan keputusan ECJ sebagai “mengecewakan” dan boleh mendorong diskriminasi.

“Dengan memutuskan bahawa syarikat boleh melarang pemakaian simbol agama berdasarkan prinsip neutral, mereka (ECJ) membuka pintu belakang kepada tindakan prejudis,” kata AI dalam satu kenyataan.

Pemakaian simbol agama khususnya simbol Islam seperti tudung menjadi isu panas selepas kebangkitan parti politik nasionalis dan anti-Islam di Eropah.

Sesetengah negara seperti Austria kini menimbang untuk melarang pemakaian purdah di tempat awam, manakala pihak berkuasa tempatan di Perancis melarang wanita memakai baju renang menutup aurat atau burkini di pantai awam . – AFP/mStar Online

Kategori