Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mahathir, Zaman Sekarang Dah...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa zaman sudah berubah sejak pemerintahan...

DSV Sah Sudah Jumpa...

PERHATIAN... Perhatian. Anda dah boleh berhenti hantar resume cari jodoh anda kat DSV....

Skim Pensijilan MSPO Dikaji...

KUALA LUMPUR - Prinsip dan kriteria Skim Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO)...

Lebih Banyak Geran Untuk...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak dana dan pinjaman mudah akan disediakan bagi membolehkan...

“Mahu Saman Saya? Bring It On…” – Yusof Rawther

PETALING JAYA – Bekas pembantu penyelidik di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammed Yusoff Rawther menegaskan, beliau sedia berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

“Anwar mahu saman saya? Bring it on… “ katanya dalam sidang media yang diadakan di sini pada Jumaat.

Dalam sidang media itu, Muhammad Yusof ditemani peguamnya, Haniff Khatri.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang membuat keputusan untuk tidak mendakwa seorang ahli politik yang didakwa melakukan serangan seksual.

Sementara itu, Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan reaksi Anwar mengenai kenyataan terbaharu Muhammad Yusof.

Bagaimanapun, difahamkan beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Anwar pada minggu lalu berkata, beliau tidak dapat memaafkan Muhammed Yusoff yang menuduhnya melakukan serangan seksual.

“Saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya,” ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu.


AGC pada 14 Januari lalu berkata, tidak akan mendakwa seorang ahli politik yang tidak dinamakan dalam satu kes serangan seksual, atas alasan, tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Menurut Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek, terdapat percanggahan fakta yang material, yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama.

“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam Kertas.

“Dalam hal keadaan yang demikian, kami bersetuju dengan saranan PDRM supaya kes ini ditutup,” katanya sambil menambah penyiasatan boleh dibuka semula sekiranya dan apabila terdapat keterangan baru.

Dalam kenyataan itu juga, Engku Nor Faizah berkata, atas sebab yang dinyatakan, Jabatan Peguam Negara setuju dengan saranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya kes itu tidak dilanjutkan. – Astro AWANI

Kategori