Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kos Pengambilan Pekerja Domestik...

KUALA LUMPUR : Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800 berdasarkan memorandum...

Meghan Dedah Kisah Zaman...

BIARPUN sedang berada dalam fasa awal kehamilan, ia tidak menghalang isteri Putera Harrym...

Not RM50 Bertaburan Atas...

TEKA-TEKI bagaimana wang kertas RM50 boleh melayang dan bertaburan atas Lebuhraya Bukit Timah Expressway...

Rakyat S’pura Pakat Separuh...

SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah...

Mahu Salam, Tapi Terlupa Ibu Telah ‘Pergi’ Selamanya

DI kala calon-calon lain Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 berdebar menghadapi peperiksaan itu, adik ini mengalami detik pilu dalam hidupnya apabila ibunya telah ‘pergi’ buat selamanya pada hari pertama peperiksaan itu dijalankan.

Muhammad Noh Zakaria yang bersekolah di Sekolah Menengah Nurul Iman (SAMNI), Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang dimaklumkan tentang berita pemergian ibunya oleh pengetua selepas tamat menduduki peperiksaan kertas dua Bahasa Melayu pada petang Isnin.

“Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor tadi selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Menurut bapanya, dia tidak menyangka permohonan maaf yang dibuat ibunya, Maziah Alias merupakan petanda sebelum wanita 50 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Namun, apa yang lagi menyedihkan ialah Noh terlupa yang ibunya telah pergi. Remaja 17 tahun itu ingin melakukan rutin hariannya, namun tidak kesampaian.

“Pagi tadi (semalam), saya mahu bersalaman dengan ibu namun terlupa yang dia ‘pergi’ buat selama-selamanya.

“Rutin harian ibu menyediakan sarapan setiap pagi untuk saya sebelum ke sekolah. Namun baru sehari ketiadaannya saya sudah rindu,” katanya.

Maziah yang juga Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 12 tengah hari Isnin di bilik rawatan sekolah tersebut.

Ibu kepada enam orang anak itu meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.


Dalam pada itu, Noh mengakui dugaan yang dilaluinya kini berat dan perlu membiasakan diri walaupun hampir berputus asa dengan peperiksaan yang dihadapinya kini.

“Selepas selesai pengebumian, saya hampir berputus asa dan sukar menerima hakikat apatah lagi saya tahu dia memang tiada penyakit sebelum ini.

“Namun keluarga, rakan dan guru memberi semangat selain memegang amanat arwah yang sentiasa berpesan supaya menjadi insan berjaya,” luahnya.

Anak keempat daripada enam beradik ini turut memanjatkan doa kepada Ilahi agar ditenangkan hatinya sewaktu menjawab peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Selasa lalu.

“Alhamdulillah, saya dapat menjawab peperiksaan sebaik mungkin,” katanya.

Semoga Noh dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan selamat maju jaya buatnya dalam menempuh peperiksaan SPM tahun ini. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori