Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kualiti Universiti Malaysia Setanding...

SINTOK - Kualiti yang dimiliki universiti tempatan di negara ini bukan sahaja setanding...

Lebih 6 Ribu Mangsa...

Bencana alam di negeri Cik Siti Wan Kembang terus mencatatkan pertambahan jumlah mangsa...

Rizalman Lantik Peguam Hadapi...

PUTRAJAYA - Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, telah melantik peguamnya memandangkan bekas...

3 Maut, Seorang Anggota...

JOHOR BAHARU - Tiga maut, manakala seorang anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan...

Mahu Fokus AJL, Haqiem Tangguh Konsert Di Kuching

PENYANYI yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli memohon maaf kepada para peminatnya kerana terpaksa menangguhkan konsert Haqiem Live In Kuching yang sepatutnya berlangsung pada 22 Disember ini.

Menurut Haqiem, keputusan itu terpaksa dibuat kerana ingin memberi fokus kepada persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32).

Pelantun suara bagi lagu Segalanya itu menerusi laman Twitter menjelaskan konsert di Kuching, Sarawak itu ditunda dan bukan dibatalkan.

“Konsert tersebut tidak dibatalkan tapi hanya ditunda pada bulan Mac tahun depan.

“Saya minta maaf sangat pada peminat di Kuching, Sarawak. Terpaksa tangguh sebab saya nak fokus pada Anugerah Juara Lagu 32.

“Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan umumkan tarikh bila konsert itu akan diadakan,” kata Haqiem dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Haqiem turut menyatakan tiket konsert tersebut masih dijual.

Penyanyi dan komposer yang berusia 18 tahun itu turut berjanji akan membuat persembahan terbaik dan meluangkan masa buat peminat-peminatnya itu.


“Konsert ini akan jadi yang terbaik sebab ini bukan macam persembahan yang biasa-biasa sahaja.

“Saya janji akan menyanyi banyak lagu dan peminat dapat luangkan masa dengan saya lebih lama,” ujarnya.

Haqiem akan menghangatkan pentas AJL32 yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan dengan lagu terkenalnya, Tergantung Sepi.

Lagu tersebut akan bersaing dengan 11 lagi lagu yang tidak kurang hebatnya seperti Separuh Matiku Bercinta, Jampi, Aku Cinta, Sejati dan lain-lain.

All the best diucapkan buat kesemua finalis pertandingan berprestij itu! – MYNEWSHUB.CC/SA

Video sekadar hiasan…

Kategori