Mahu Berlayar Pada 2020 Buktikan Teori Bumi Mendatar

SEKUMPULAN individu yang mempercayai bahawa bumi mendatar mendakwa NASA cuba menyembunyikan kebenaran itu.

Malah kata mereka, hakikat mengenai bumi berbentuk sfera yang dipercayai ramai pihak merupakan satu pembohongan semata-mata.

Menurut pergerakan itu, bumi merupakan disk gergasi yang tergantung di angkasa.

Mereka menerusi Persidangan Bumi Mendatar Antarabangsa turut mengumumkan untuk mengadakan pelayaran pada 2020 untuk membuktikan teori tersebut.

Namun, kenyataan mereka pantas disangkal ramai pihak.

“Kapal menggunakan navigasi yang dibina berdasarkan prinsip bumi berbentuk sfera.

“Carta nautika dibina dan disesuaikan dengan bentuk bumi yang bulat atau lebih tepat, sfera,” ujar seorang bekas kapten kapal yang berpengalaman selama 23 tahun dalam satu respon balas.

Henk Keijer yang kini bertugas sebagai pakar forensik marin berkata, kewujudan GPS cukup untuk memberi bukti mengenai bentuk bumi yang sebenar.

Katanya, GPS berfungsi dengan 24 satelit utama yang mengorbit bumi untuk menyediakan maklumat navigasi.

Dia turut menyangkal dakwaan kumpulan berkenaan yang menyifatkan bumi sebagai disk gergasi yang tergantung di angkasa.

“Kenapa 24 satelit? Sebab sifat kelengkungan bumi itu sendiri.

“Kalau bumi itu mendatar, tiga satelit pun dah cukup untuk beri informasi navigasi dan kedudukan,” jelasnya lagi. – Daily Star

Loading...