Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sesiapapun Boleh Tawar Diri...

KOTA BELUD - Sesiapapun boleh menawarkan diri sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri...

Tunjuk Konvoi Motosikal Boleh...

MARANG - Tindakan PAS Marang mengadakan konvoi bermotosikal bagi mempamerkan kekuatan parti itu...

Fizz Fairuz Lebih Suka...

TIDAK seperti kebanyakan artis yang terus kembali aktif dalam bidang seni sejurus selepas...

Kisah Cinta 6 Hari...

SELEBRITI Indonesia, Rey Utami telah mengahwini suaminya, Pablo Putera Benua yang juga seorang...

Mahkamah Tolak Saman Tony Pua Terhadap Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hari ini berjaya membatalkan saman difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datin Faizah Jamaludin yang membenarkan permohonan Najib dan kerajaan bagi membatalkan saman itu memutuskan bahawa Pua selaku plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan terhadap kedua-dua defendan.

Faizah dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati Pua selaku plaintif gagal menyatakan dalam rayuannya yang beliau mempunyai hak undang-undang atau kepentingan mencukupi untuk membuat dakwaan terhadap Najib mengenai salah laku sebagai pegawai awam.

“Duit yang digunakan Menteri Kewangan Diperbadankan untuk melanggan saham 1MDB tidak bermakna dengan sendirinya adalah penyelewengan wang pembayar cukai.

“Lebih-lebih lagi 1MDB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan dan pemegang saham yang membeli saham, adalah suatu urusan biasa perniagaan,” katanya.

Mahkamah juga memerintahkan Pua membayar kos berjumlah RM10,000 kepada Najib dan kerajaan.
Najib diwakili Peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Datuk Mohd Hafarizam Harun, sementara Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke bertindak bagi pihak kerajaan.

Pua, yang hadir pada prosiding hari ini diwakili Peguam Gobind Singh Deo.


Najib memfailkan permohonan membatalkan saman Pua pada 4 Februari atas alasan beliau bukan pegawai awam dan mendawa Pua menyalahgunakan proses mahkamah sementara kerajaan fail permohonan pada 2 Mac lepas atas sebab Pua tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Pada 16 Januari lepas, Pua selaku plaintif menyaman kerajaan dan Najib selaku defendan pertama dan kedua atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pua pula memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Januari tahun ini bagi salah laku pentdabiran wang membabitkan Malaysia Development Berhad (1MDB) mengeluarkan dan menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah,kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

Kategori