Mahkamah Tolak Permohonan Panggil Semula Saksi Pakar

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini hari ini menolak permohonan pegawai pengendali yang mahu memanggil semula saksi pakar bagi mengukuhkan keterangan mengikut Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah berkaitan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim Disember tahun lalu.

Koroner Rofiah Mohamad memutuskan demikian selepas melihat tiada keperluan untuk memanggil saksi terbabit.

Rofiah dalam penghakimannya berkata, jika saksi ke-24 itu dipanggil untuk memberikan eksperimen baharu, maka saksi ke-29 juga akan membuat eksperimen baharu.

“Jika berterusan, inkues ini akan tiada penamat dan tidak berpenghujung.

“Lagipun, eksperimen baharu yang dibuat saksi ke-24 pada 12 April itu tidak ada sebarang perkembangan baharu,” katanya.

Menurutnya, selaku koroner, beliau berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi yang membolehkan satu keputusan wajar boleh dibuat nanti. – K! ONLINE

Loading...