Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Lensa Akui Pembangkang Belum...

KUALA LUMPUR - Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang selama ini diketahui umum...

Kanak-Kanak Orang Asli Dikhuatiri...

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas selepas tergelincir semasa memancing...

Cedera Tersepit Dua Kereta...

KULIM - Wanita cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya bertembung dengan kereta lain di...

Tengku Amir Kekal Presiden...

KLANG: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai...

Mahkamah Tolak Permohonan Farid Kamil Dapatkan Pasport

PETALING JAYA – Permohonan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari bagi mendapatkan sementara pasportnya untuk urusan ke luar negara ditolak oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas dokumen sokongan berhubung permohonan berkenaan tidak dikemukakan oleh pelakon berusia 37 tahun itu.

Terdahulu, peguam Faizul Mohd Nasir yang mewakili Farid Kamil mengemukakan permohonan itu atas alasan anak guamnya akan ke luar negara bagi penggambaran filem.

Dalam prosiding sebutan semula lima pertuduhan jenayah yang dihadapi pelakon Lagenda Budak Setan itu hari ini, mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 Nov depan.

Sementara itu, Farid Kamil yang ditemani isterinya, Datin Diana Dianelle ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, beliau memerlukan pasport itu bagi urusan kerja.

“Sebagai pelakon, sememangnya saya perlukan pasport antarabangsa untuk urusan lain dan kini aktiviti lakonan saya juga terbatas kerana masih terikat dengan prosiding mahkamah,” katanya dan menambah dia akur dan memahami prosedur mahkamah itu.

Di hadapan Majistret Salamiah Salleh, mahkamah menetapkan 26 sehingga 29 Nov untuk perbicaraan kes laporan palsu yang dihadapinya. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee dan Mohamad Firdaous Mohamed Idris.


Pada 16 Jan lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, seorang anggota polis.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid Kamil dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam sebagai seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalankan tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada Muhammad Nizam.

Pada 25 Jan, Farid Kamil turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dadah jenis tetra hydrocannabinol atau THC dan pada 9 Mac lalu dia didakwa sekali lagi atas pertuduhan membuat keterangan palsu bersabit satu laporan polis. – BERNAMA

Kategori