Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Lancar Set...

PETALING JAYA - Set panduan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilancarkan hari ini...

PRN Johor: PH Dahului...

SENAI - Pakatan Harapan (PH) mendahului 12 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

‘Ini Pengeluaran Khas Yang...

KUALA LUMPUR: Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang diumumkan...

Sepanyol Catat Kes Pertama...

MADRID - Sepanyol hari ini mengesahkan wabak koronavirus telah memasuki negaranya, sekali gus...

Mahkamah Tetap 18 Januari Pengurusan Kes Inkues Adib

KUALA LUMPUR – Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditetapkan pada 18 Januari ini.

Peguam Cara III Datuk Mohd Hanafiah Zakaria, ketika dihubungi media hari ini berkata pihak Jabatan Peguam Negara telah memfailkan dokumen kes di Pejabat Pendaftar Mahkamah Shah Alam pada Khamis dan mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh berkenaan.

Prosiding inkues itu akan dijalankan di Mahkamah Koroner yang bersidang di Kompleks Mahkamah Shah Alam, katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, berkata Majistret akan diarah melakukan satu inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.

Beliau berkata perkara berkenaan dimaklumkan sendiri Peguam Negara Tommy Thomas kepadanya melalui perbincangan yang diadakan selepas penemuan dapatan tertentu pihak polis melalui rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat pihak forensik patalogi yang hanya boleh didedahkan di mahkamah kelak.

Muhyiddin berkata, Peguam Negara selaku Pendakwa Raya dalam menjalankan kuasanya di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah akan mengarahkan Majistret membuat siasatan (inkues) di bawah Bab XXXII Kanun yang sama bagi menentukan sebab kematian Allahyarham.

Beliau berkata ​​​​​​dalam prosiding inkues itu, Majistret mempunyai kuasa yang luas di bawah Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah yang memberi erti sebab kematian.


Ini, katanya, termasuk mempertimbangkan bagaimana Muhammad Adib menemui ajalnya dan sama ada kematiannya disebabkan, atau dipercepatkan oleh, apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan orang lain.

Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember. – BERNAMA

Kategori