Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Insiden Rempuhan Mina, Pope...

RENTETAN insiden rempuhan berdarah yang berlaku di Makkah, Arab Saudi, pemimpin kerohanian masyarakat...

Bapa Terpotong Kaki Anak...

California – Malang menimpa seorang kanak-kanak Roseanne Mendez yang berusia 18 bulan apabila...

Muhyiddin Hargai Sumbangan Abu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan beliau atas...

Adira Dah Bertunang, Bakal...

WAH, dalam diam-diam rupa-rupanya penyanyi cantik Adira Suhaimi dah selamat bertunang dengan kekasih...

3 Hakim Panel Bakal Putus “Bin Abdullah”

PUTRAJAYA – Baki tiga hakim daripada panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini akan membuat keputusan berhubung sama ada anak orang Islam yang dilahirkan di luar nikah boleh “dibin atau dibinti” menggunakan nama bapa anak itu, bukannya nama “Abdullah”.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum yang mempengerusikan panel tujuh hakim memutuskan untuk tidak mendengar semula rayuan itu hari ini berikutan terdapat baki hakim yang mencukupi untuk membuat keputusan berhubung rayuan itu.

“Kami masih ada korum tiga hakim. Biar perkara ini diserahkan kepada baki anggota panel untuk membuat penghakiman. Kami tidak akan mendengar semula perkara ini,” katanya.

Beliau berkata tiga hakim daripada panel sebelumnya –Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Aziah Ali dan Datuk Sri Balia Yusof Wahi — yang telah mendengar rayuan itu akan menyampaikan penghakiman mengikut Seksyen 78 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Seksyen 78 menetapkan penghakiman boleh dibuat jika sekiranya masih ada sekurang-kurangnya tiga hakim.

Dua lagi hakim dalam panel sebelum ini ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif yang telah menyerahkan surat peletakan jawatan, dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah yang telah bersara.

Raus mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mendengar rayuan itu pada 7 Feb tahun ini dan menangguhkan keputusan mahkamah.

Malanjum berkata semasa pengurusan kes itu pada 27 Julai tahun ini, mereka sangka Balia akan bersara, meninggalkan hanya dua hakim daripada panel asal untuk membuat keputusan.

Difahamkan khidmat Balia dilanjutkan selama enam bulan lagi sehingga Mac tahun depan.

Semua pihak dalam kes itu tidak membantah bagi tiga hakim membuat keputusan terhadap rayuan itu.


Hari ini panel tujuh hakim itu terdiri daripada Hakim Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Balia, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 25 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada satu pasangan dan anak mereka yang memfailkan semakan penghakiman untuk mendesak ketua pengarah Jabatan Pendafataran Negara (JPN) menggantikan nama ‘Abdullah’ pada nama anak itu dengan nama bapa kandung anak itu dalam sijil kelahiran.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman bertulis dikeluarkan pada 25 Julai tahun lepas, memutuskan nama anak orang Islam yang dilahirkan di luar nikah boleh “dibin atau dibinti” menggunakan nama bapanya, daripada nama “Abdullah”.

Ia (Mahkamah Rayuan) berkata ketua pengarah JPN tidak terikat oleh fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan nama “Abdullah” “dibin atau dibinti” kepada anak luar nikah.

Mahkamah itu memutuskan fatwa tidak boleh dikuat kuasa sebagai undang-undang dan tidak boleh menjadi asas perundangan bagi ketua pengarah JPN dalam memutuskan nama bapa untuk “dibin atau dibinti” bagi anak luar nikah mengikut Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA).

Pada 8 Sept tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah rayuan itu.

Majlis Agama Islam Negeri Johor bertindak sebagai pencelah, Majlis Agama Islam Negeri Selangor sebagai amicus curiae atau rakan mahkamah, manakala Majlis Peguam dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) sebagai peguam pemerhati. – BERNAMA

Kategori