Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Istiadat Pertabalan Singkap Kemasyhuran...

ALOR SETAR - Istiadat Pertabalan Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Sultan...

‘SIP’: Aras Baru Perlindungan...

KUALA LUMPUR - Mulai Januari 2018, semua pekerja sektor swasta mula mencarum untuk...

Malaysia Perlu Berinteraksi Semula...

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mengembalikan tahap interaksi dengan Amerika Syarikat (AS), terutama...

China Bangunkan Teknologi Kenali...

BEIJING - Para penyelidik China telah berjaya membangunkan teknologi baharu yang mampu mengenali...

Mahkamah Perintah Pendaftaran Cap Dagangan ‘Maxxoil’ Dihapus

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan pendaftaran cap dagangan bernama ‘Maxxoil’ milik Syarikat Shift Holdings Sdn Bhd, dihapuskan berkuatkuasa hari ini.

Hakim Datuk Wong Kian Kheong membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan oleh pengilang dan pembekal minyak pelincir, Maxcare Success Sdn Bhd yang merupakan pemilik cap dagangan bernama ‘Maxoil’.

Dalam penghakiman ringkasnya, hakim Wong berkata cap dagangan milik plaintif, Maxcare Success, telah didaftarkan terlebih dahulu pada 2008 berbanding cap dagangan milik defendan yang didaftarkan pada 2014.

“Mahkamah berpendapat ada kemungkinan berlaku pemerdayaan atau kekeliruan antara cap dagangan milik plaintif dan defendan. Ini kerana, kedua-duanya adalah berkenaan barangan yang hampir sama selain terdapat persamaan dalam idea dan konsep antara kedua-dua cap dagangan itu.

“Penemuan fakta ini turut disokong dengan cara sebutan (cap dagangan) yang sama walaupun ejaan berbeza iaitu ‘Maxoil’ dan ‘Maxxoil’,” katanya.

Pada prosiding hari ini, pengarah urusan Maxcare Success, Abdul Hamid Ba’dizaman dan pengarahnya, M Syafiq Abdul Hamid hadir bersama peguam mereka, Reza Natasha Redzawan, sementara Shift Holdings diwakili peguam Tee Kuo Yin.

Mahkamah pada masa sama, turut menolak tuntutan balas Shift Holdings yang menjalankan perdagangan dan pemborongan minyak enjin serta alat ganti kenderaan bermotor, untuk penghapusan cap dagang milik Maxcare Success itu.


Dalam tuntutan yang difailkan pada Julai tahun lepas, selain Shift Holdings, Maxcare turut menamakan pengarah syarikat itu, Tam Wei Han sebagai defendan kedua.

Plaintif antara lain menuntut gantirugi daripada defendan atas dakwaan melanggar hak cap dagangan plaintif dan undang-undang ‘passing off’ di mana pendaftaran cap dagangan defendan telah menimbulkan kekeliruan kepada sasaran pengguna yang sama serta merosakkan ‘goodwill’ perniagaan plaintif.

Maxcare Success turut menuntut pendaftaran cap dagang defendan dipadam atau dikeluarkan menurut Seksyen 45 (1) Akta Cap Dagangan 1976, selain perintah bahawa semua barang dan pembungkusan seperti pemilikan, kuasa, jagaan atau kawalan defendan yang berkait dengan pelanggaran hak cap dagangan plaintif diserah serta dimusnahkan.

Selain itu, plaintif menuntut satu perintah injunksi kekal untuk menghalang atau menyekat defendan daripada berdagang atau menjual atau mengedar atau menjalankan perniagaan yang mempunyai persamaan amat dekat dengan cap dagangan plaintif, yang mana akan menyebabkan kekeliruan kepada umum.

Secara alternatifnya, Maxcare Success menuntut defendan membayar gantirugi khas, gantirugi am, kos guaman, faedah lima peratus setahun selain relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Kategori