Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1MDB: Status Sri Ram...

KUALA LUMPUR - Peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan...

Sunnah Baca Surah Al-Kahfi...

"BARANGSIAPA yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara...

Papa Gomo Ditahan, Waytha...

PERTIKAI... Pergerakan Pemuda UMNO persoal tindakan pihak berkuasa yang masih belum tahan Senator...

Perbicaraan Tertuduh Cemarkan Sungai...

JOHOR BAHRU - Prosiding perbicaraan kes pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim...

Blogger Muat Naik Gambar Palsu Najib Dilepas Bebas

KUALA LUMPUR – Seorang blogger sambilan yang memuat naik pautan memaparkan gambar palsu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya tiga tahun lalu, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan pihaknya menarik balik tuduhan ke atas tertuduh, Abdul Muhaimin Mohd Muhayedi, 29.

Goh berkata tuduhan itu ditarik balik selepas Jabatan Peguam Negara menerima dan berpuas hati terhadap representasi dikemukakan tertuduh melalui peguamnya, Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar.

“Mohon mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada tuduhan itu,” katanya ketika prosiding sebutan semula bagi mengetahui keputusan representasi itu yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara, Ogos lepas.

Pada 18 Mei 2016, Abdul Muhaimin mengaku tidak bersalah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook “Adam Mukhriz Muhayeddin” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 1 tengah hari, 20 Okt 2015.


Pautan itu kemudian dibaca seorang blogger lain di sebuah unit di Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 6, Ampang Jaya di sini, pada 9.45 pagi, 22 Okt 2015.

Abdul Muhaimin didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori