Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rumah Tempat Paling Berbahaya...

VIENNA - Lebih dari separuh wanita yang maut dibunuh tahun lalu menemui ajal...

Pengunjung Pusat Beli-Belah Teruja...

ALASKA - Seekor rusa Alaska (Moose) betina melahirkan anak di parkir sebuah pusat...

Wanita Berpakaian Ihram Seperti...

GEORGE TOWN : Tindakan individu didakwa seorang wanita yang berada di Mekah dan...

Anak Kikis Wang Simpanan...

JOHOR BAHRU - Kecewa dengan anak yang mengikis semua wang simpanan RM100,000 dalam...

Mahkamah Gantung Prosiding Saman Tony Pua

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggantung prosiding saman difailkan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee berhubung dakwaan menyalahgunakan jawatan awam berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam, Tan Cheng Leong yang mewakili Tony Pua ketika ditemui media selepas prosiding pengurusan kes dalam kamar, berkata Hakim, Datuk Rozana Ali Yusof membuat keputusan itu berikutan tiada bantahan daripada plaintif dan Kerajaan Malaysia.

“Pada asasnya, permohonan itu dibenarkan kerana terdapat kes jenayah terhadap Najib yang membabitkan fakta sama dengan kes sivil di sini. Jadi, mahkamah menetapkan 6 Julai ini untuk pengurusan kes dan memaklumkan perkembangan kes jenayah Najib di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Peguam, Nor Emelia Mohd Iszeham mewakili Najib, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Harun mewakili kerajaan.

Pada 19 November lalu, panel tujuh hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan rayuan Pua untuk mengembalikan semula samannya terhadap Najib dan kerajaan yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2017.

Tengku Maimun merujuk semula perkara itu ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan dan menetapkan 26 November untuk sebutan.


Pada Julai 2018, Pua gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak rayuan berkenaan. Beliau kemudian mendapat kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Pua menyaman Najib dan kerajaan atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam berkaitan isu 1MDB dan memohon ganti rugi am, teruk dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau mendakwa Najib adalah seorang pegawai awam kerana jawatannya sebagai Ahli Parlimen Pekan, Perdana Menteri ketika itu dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, yang mempunyai peranan secara langsung dan tidak langsung dalam membuat keputusan dan hala tuju 1MDB. – BH Online

Kategori