Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Beli Foto Lama Samseng...

WASHINGTON DC - Tahun 2010, seorang lelaki berasal dari California, Amerika Syarikat (AS),...

Bekas Pegawai Kanan Bernas...

ALOR SETAR - Bekas pegawai kanan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) hari ini dihadapkan...

Masih Ramai Langgar Arahan...

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kesal apabila masih...

Iran Ancam Tarik Diri...

LONDON - Duta Iran ke Britain, Hamid Baeidinejad, berkata Tehran mungkin menarik diri...

Mahkamah China Lelong ‘Online’ Pencakar Langit

BEIJING – Sebuah mahkamah China bertindak melelong sebuah pencakar langit menerusi laman e-dagang terbesar negara itu – dengan harga bidaan permulaan 553 juta yuan (RM327 juta).

Bangunan setinggi 39 tingkat di Taiyuan, utara wilayah Shanxi, dengan keseluruhan tapaknya sekali, ditawarkan untuk jualan secara terbuka itu menerusi laman Taobao, platform e-dagang Alibaba mulai semalam.

Menara tersebut dibina pada 2006 lalu dengan ketinggian hanya 156 meter dan berkeluasan 76,000 meter persegi. Ia pada awalnya direka untuk dijadikan sebuah hotel, menurut agensi berita rasmi tempatan, Xinhua.

Namun demikian, projek berkenaan terbengkalai akibat dana yang tidak cukup selepas kerja-kerja pembinaan selesai pada 2010 lepas, menurut kenyataan pihak mahkamah di Shanxi dilaporkan media tempatan.

Gambar suasana tempat letak kenderaan yang tidak bercahaya dan bahagian dalam tanpa dilengkapi kemudahan serta lantai berdebu dengan bahan binaan dimuat naik pihak mahkamah ke dalam laman Taobai untuk dijual.

Menurutnya, ini juga untuk memastikan proses penjualan yang lebih cekap dan nyata terutama sesi urus niaga pemindahan aset dalam kes-kes guaman melibatkan urusan hartanah tidak berpenghuni.


Selain pencakar langit berkenaan, turut dijual oleh pihak berkuasa setempat itu menerusi e-dagang tersebut ialah sejumlah kereta, pelbagai barangan kemas yang dirampas serta beraneka telefon bimbit.

Sekitar November lalu, sebuah bangunan komersial setinggi 28 tingkat pernah dijual dengan harga permulaan 219 juta yuan (RM135 juta) oleh sebuah mahkamah daerah di timur laut wilayah Zhejiang.

Namun begitu, penjualannya gagal kerana tidak menerima sebarang bidaan. – Agensi/Mynewshubb.cc/HAA

Kategori