Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekalan Telur Mencukupi Menjelang...

NIBONG TEBAL, 21 Dis (Bernama) -- Malaysia tidak perlu mengimport telur ayam dari...

Lupakan Perbezaan, Bersatu Sebagai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu melihat penyatuan...

Perisa Vape Jenama ‘Uncle...

SEBELUM ini, golongan anak muda khususnya pengguna vape telah menggeluarkan video parodi bagi...

Najwa Belum Sedia Beri...

PENYANYI dan komposer muda terkenal, Najwa Latif mengakui dia masih belum bersedia untuk...

Mahkamah Agung Benar Pelajar AS-Palestin Masuk Israel

BAITULMAQDIS – Seorang pelajar Amerika Syarikat (AS) yang dilarang masuk ke Israel mengikut undang-undang melarang aktivis asing yang menyokong boikot terhadap negara itu berhubung dasar Palestin diberi kebenaran tinggal di negara berkenaan oleh Mahkamah Agung semalam.

Dalam keputusannya, mahkamah mengkritik pihak berkuasa Israel kerana melarang kemasukan Lara Alqasem, 22, mengatakan keputusan mereka memberi ‘tanggapan tidak dapat dielakkan’ dia dilarang kerana pendapat politiknya.

Jika demikian, mahkamah berkata, ia mewakili ‘satu langkah radikal dan bahaya yang menjurus runtuhnya asas demokrasi dibina Israel.’

Alqasem dilarang memasuki negara itu apabila terbang ke Israel untuk menyambung pengajian menggunakan visa 2 Oktober lalu. Pihak berkuasa keselamatan memetik peranannya sebagai presiden kumpulan kecil Pelajar untuk Keadilan dalam Palestin di Universiti Florida.

Kesnya mencetuskan perdebatan di Israel jika nilai demokratik dikompromi oleh satu perundangan pada 2017 yang melarang kemasukan rakyat asing yang secara terbuka memboikot dasar Israel terhadap Palestin.


Keputusan semalam, dilihat Reuters, menolak keputusan oleh mahkamah rendah yang menyokong keputusan dibuat pihak berkuasa Israel.

Alqasem berkata, beliau lega dengan keputusan mahkamah dan akan bercakap lanjut kemudian. Peguamnya menyifatkan keputusan itu ‘satu kejayaan untuk kebebasan bersuara, kebebasan akademik dan peraturan undang-undang.’

Menteri Keselamatan Awam Gilad Erdan, yang melarang kemasukan Alqasem berkata, kerajaan akan meneliti kesan keputusan penghakiman itu. –Reuters

Kategori