Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Bina Rumah Mampu...

KUALA LUMPUR - Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar...

‘Raja Risik’: Pernah Gerunkan...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles DI kalangan perisik tempatan dan antarabangsa terutama di rantau...

Perlu Lebih Masa Kemuka...

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa raya kes penyanyi Awie yang didakwa mencederakan isterinya, Rozana Misbun,...

Wan Zulkiflee Diumumkan PM...

Ketua Pegawai Operasi (COO) Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin...

Maher Zain Akui Suka Makan Ubi Manis Jawa

JAKARTA – Ketika masyarakat gugusan Nusantara semakin menggemari makanan tradisional Asia Barat terutama hidangan Nasi Mandi atau Nasi Arab, lain pula kisah penyanyi Arab ini sendiri!

Media Indonesia hari ini melaporkan penghibur warga Sweden kelahiran Lubnan, Maher Zain mengakui sangat gemar ubi Cilembu yang merupakan sejenis kentang jalar manis khas dari Pamulihan, Sumedang, Jawa Barat.

Perkara unik tersebut didedahkan sendiri oleh artis berusia 36 tahun itu ketika menjawab soalan daripada portal berita terkenal Kompas.com menerusi siaran video untuk sesi wawancara eksklusif dari Singapura pada Sabtu.

“Saya sangat suka dan selalu membicarakannya karena saya suka sweet potato (kentang manis) dan itu bisa (dapat) ditemukan di mana saja. Tapi tak ada yang seperti ubi Cilembu Indonesia he he he…” jelas Maher apabila ditanya.

Justeru, beliau yang turut fasih bahasa Indonesia menyatakan sering rindu datang ke negara tersebut selain berasa selesa dengan sambutan hangat jutaan penggemarnya dan merupakan negara paling ramai peminatnya di dunia.

“Saya sudah cuba makan sate, nasi goreng, kalau ayam betutu agak pedas. Ubi cilembu itu sangat enak! Saya selalu membelinya saat datang ke sini dan saya sangat terkesan dengan rasanya yang lazat,” ungkap Maher secara jujur.

Waima dilahirkan di Tripoli, Lubnan pada 16 Julai 1981, masakan Indonesia juga menjadi salah satu alasannya suka Indonesia: “Semoga konsert saya selanjutnya di Indonesia lagi. Dapatlah saya makan sate ayam dan ubi Cilembu.”


Pengalaman Maher yang pernah berlakon sinetron atau siri drama Indonesia sebanyak 40 episod berjudul Insya-Allah pada 2012, disiarkan menerusi stesen SCTV dan Astro Oasis, menjadikan dirinya ‘jatuh cinta’ untuk kembali.

Memiliki lebih empat juta pengikut di Facebook, beliau yang baru sahaja mengeluarkan video klip single terkini berjudul Medina pada bulan lalu turut memberi pesanan istimewa untuk para peminatnya di seluruh Indonesia.

“Pesanku untuk penggemarku di Indonesia terima kasih atas dukungan kalian dan harap dapat kembali lagi bagi promosi beberapa beberapa karya baru, buat konsert, bertemu peminat,” luah Maher. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori