Mahathir Tidak Akan Ke Rantau Bantu PH Berkempen

DR. Mahathir Mohamad tidak akan ke Rantau untuk membantu Pakatan Harapan pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Rantau.

Sumber memberitahu FMT, perdana menteri tidak dapat ke Rantau kerana jadualnya terlalu padat.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama beliau tidak turun membantu kempen calon PH kerana beliau turut terlepas kempen PRK di Seri Setia, Balakong dan Sungai Kandis yang semuanya dimenangi PH.

Difahamkan, pengerusi PH itu ada membantu kempen PH di Port Dickson, Cameron Highlands dan Semenyih.

Calon PH, Dr. S Streram yang berdepan saingan calon Barisan Nasional yang juga Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sebelum ini berharap Mahathir dapat membantunya berkempen di Rantau.

PRK Rantau ialah PRK ke-7 selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018, dengan PRK Sungai Kandis diadakan pada 4 Ogos tahun lalu, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac). – FMT

Loading...