Mahathir Terima Dana Iran AS$2 Bilion ‘Guling’ BN?

TULAR… Awal Julai lalu, umat Islam di Malaysia gempar apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan secara terbuka meminta agar penganut Syiah sesat diterima sebagai saudara se-Muslim.

Kenyataan aneh diucapkan oleh Perdana Menteri pada majlis anjuran ISMA, sebuah organisasi hal ehwal Islam pro-Pakatan Harapan (PH) itu ternyata mengejutkan umat Islam di negara ini yang berfahaman Ahli Sunah wal Jamaah.

Apatah lagi aliran Syiah turut difatwakan sebagai sesat oleh semua negeri termasuk di Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi Mahathir tidak peduli bahkan sindir ulama dan mufti negara ini kerana tegas haram pegangan songsang itu.

Namun kenyataan beliau itu tular di seluruh dunia sehingga jadi antara faktor hubungan Malaysia-Arab Saudi mula dingin, dan menyaksikan kuota jemaah haji negara ini balik kepada asal berbanding lebih 40,000 orang sebelum ini.

Keadaan bertambah kusut apabila kerajaan PH menarik balik askar Malaysia ditugaskan kawal Makkah selain tutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang disambut amat baik pentadbiran rejim Syiah Iran itu.

Keadaan janggal ini turut cetus persoalan cepumas apabila Mahathir secara tiba-tiba mula ‘mesra’ dengan golongan Syiah yang diketahui memusuhi Arab Saudi sehingga taja pemberontak Houthi di Yaman untuk misi serang Kaabah.

Bertambah pelik lagi apabila beliau kelihatan gembira menerima kunjungan hormat Naib Presiden bagi Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Iran, Dr. Masoumeh Ebtekar di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada awal Julai lepas.

Ia mengesahkan hubungan istimewa Putrajaya-Teheran sementelahan Mahathir terima ucapan salam dan tahniah dari Presiden Iran, Hassan Rouhani atas kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Hakikatnya mungkin tidak ramai tahu, kunjungan wakil Iran itu bukan dirancang kebetulan, bahkan kerajaan Syiah tersebut dikatakan ada ‘bantu’ Mahathir dalam usaha guling pentadbiran Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO.

Isu ini mula tular dalam kalangan netizen tempatan yang turut berkongsi rakaman video memaparkan pendedahan Ruhullah Zam, seorang wartawan Iran ketika wawancara stesen Voice of America Persia sebelum PRU berlangsung.

Dia mengakui Mahathir menerima sumbangan dana mewah daripada Perdana Menteri Iran sebanyak AS$2 bilion dengan AS$1.4 bilion diberi sebelum PRU ke-14 bagi tujuan kempen ‘tumbang’ BN yang sudah berkuasa 61 tahun.

Ruhullah jelas merujuk status kerajaan Malaysia waktu itu merupakan pentadbiran UMNO yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunah wal Jamaah dan Iran mahu Mahathir perlu kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Menurutnya, Mahathir turut memberikan komitmen kerjasama ketika dikunjungi oleh bekas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Velayati yang kini ialah Penasihat Hubungan Antarabangsa Majlis Kepimpinan Tertinggi Iran sejak 1997.

Jika dakwaan Ruhullah itu benar, ternyata Mahathir sudah terhutang budi dengan kerajaan Iran dan tentu sanggup berbuat apa sahaja waima biadab guris sentimen perasaan umat Islam berfahaman Ahli Sunah wal Jamaah sendiri.

Untuk rekod, sebelum dilantik jadi perdana menteri sekali lagi, Mahathir agak rapat dengan pemerintah Iran, malah beliau pernah bertemu sendiri Hassan ketika majlis angkat sumpah jawatan pemimpin negara tersebut di Teheran.

Persoalannya, apakah pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berani siasat dana haram kerajaan Syiah itu sebagai mana kes dana Arab Saudi yang diterima Datuk Seri Najib Tun Razak? – Mynewshub.TV

Loading...