Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Biarkan Komunis Pelik Ini...

KOREA Utara nampak panik sekali dengan kematian Kim Jong-nam. Reaksi panik Pyongyang diluahkan...

Tuduh KPN Penipu: Lokman...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sedia didakwa...

Rakan Bapa Saudara Nora...

SEREMBAN - “Saya ada terima maklumat daripada seorang rakan kepada ahli keluarga Nora Anne yang menyatakan...

PPBM Berkeras Bertanding 12...

SHAH ALAM - Kemelut pengagihan kerusi Pakatan Harapan di Selangor dilihat semakin ketara...

Mahathir Tak Mahu Campur Tangan Kemelut Dalaman PKR

LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendirian tidak akan campur tangan kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) susulan insiden kekecohan semasa Kongres Nasional PKR 2019 semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, insiden kekecohan semasa Kongres Nasional PKR 2019 itu juga tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah kerajaan.

“Memang la akan berlaku perselisihan faham dalam mana-mana kepimpinan pun tetapi saya yakin ia tidak mengganggu kerjasama dalam pemerintahan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, parti pembangkang juga turut mengalami masalah tetapi mereka tidak dipedulikan kerana bukan kerajaan.

“Bila kita jadi kerajaan kadang-kadang ada selisih faham sedikit, itu perkara biasa,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama ketua jabatan, jawatankuasa PH, ketua-ketua cawangan PH dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Langkawi di Adya Hotel Kuah hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu memberi perhatian kepada peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir sekali lagi mengulangi pendiriannya tidak mahu mencampuri urusan parti itu.

“Ini masalah dalaman PKR, saya tak nak campur tangan apa yang Mohamed Azmin katakan,” katanya.


Konflik dalaman PKR memasuki fasa baharu semalam apabila Mohamed Azmin mendakwa Anwar gagal memenuhi janji bagi memastikan perjalanan perbahasan pada Kongres Nasional PKR berlangsung tanpa sebarang unsur provokasi dan sindiran.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, ucapan Anwar semalam yang bermula dengan sorotan klasik tentang kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar telah membuka laluan kepada pembahas lain untuk melakukan serangan peribadi dan memecahkan perpaduan dalam PKR.

Disebabkan itu, Mohamed Azmin bersama pimpinan yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan kongres kerana tidak mahu mendengar kenyataan yang berunsur provokasi dan melanggar semangat perpaduan parti.

Sebelum itu, ratusan ahli PKR bertindak keluar dewan dan meninggalkan kongres kerana tidak berpuas hati ucapan beberapa perwakilan yang mengkritik Timbalan Presiden PKR itu.

Kategori