Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

4 Warga Asing Ditahan...

BENTONG - Empat wanita warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan meminta...

Najib Dedah PH Guna...

REMBAU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kini giliran...

Wanita Malu Gambar Lucah...

TIDAKAN Cazine McCarthy memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Nathan Lloyd, 22, mengundang padah apabila lelaki...

4,046 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 direkodkan melepasi angka 4,000 dengan 4,046 kes hari...

Mahathir Serah Kuasa Perdana Menteri Selepas APEC 2020

SHAH ALAM – Tun Dr. Mahathir Mohamad berjanji untuk menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kuala Lumpur yang bakal berlangsung November tahun depan.

Dalam wawancara bersama Reuters, Dr. Mahathir berkata, penyerahan kuasa kepada penggantinya itu akan dilaksanakan meskipun berlaku dakwaan salah laku terbaharu membabitkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya tetapi saya rasa perubahan segera sebelum sidang APEC akan menimbulkan gangguan.

“Setakat yang saya tahu, saya berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya. Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka tetapi saya akan kotakan janji saya.

“Tidak kira apa tuduhannya, saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya,” katanya.


Ketika ditanya sama ada peralihan kuasa itu berlaku pada Disember 2020, Perdana Menteri meminta supaya tunggu dan lihat bila tiba masanya.

Berdasarkan perjanjian dalam Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Dr. Mahathir memberitahu akan melantik Anwar sebagai penggantinya dan perkara itu sering diulang beliau dalam mana-mana sidang akhbar sebelum ini. – Sinar Harian

Kategori