Mahathir Serah Kuasa Kepada Anwar Bukan Orang Lain

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad beri jaminan beliau akan berundur sebelum pilihan raya umum ke-15, tetapi tidak menyatakan tarikh khusus.

“Saya tak tahu sama ada dua atau tiga tahun, tetapi saya pasti berundur seperti dijanjikan.

“Walaupun ada ramai orang minta saya teruskan sehingga pilihan raya akan datang, itu pandangan mereka.

“Komitmen saya adalah berundur sebelum pilihan raya akan datang, pasti,” katanya dalam temubual dengan Sydney Morning Herald.

Ditanya sama ada beliau akan menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bukan orang lain, Mahathir jawab: “Ya saya akan.”

Terdapat khabar angin baru-baru ini mengenai langkah membentuk kerajaan baru secara pintu belakang, melalui rundingan dalam kalangan pemimpin politik.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, yang dirasakan sekutu Mahathir, menyeru Mahathir kekal sebagai perdana menteri sepanjang mandat lima tahun Pakatan Harapan.

Azmin baru-baru ini menepis dakwaan beliau bertemu bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein untuk merancang suatu rancangan bagi menghalang Anwar mengantikan Mahathir.

Mahathir didesak menetapkan tarikh untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar, seperti yang dipersetujui pemimpin PH sebelum pilihan raya umum 2018.

Perdana menteri berusia 94 tahun itu berulang kali menyatakan beliau akan tunaikan janji untuk berundur selepas kira-kira dua tahun. – FMT

Loading...