Mahathir Selesai Menghadap Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebentar tadi.

Beliau dilihat keluar dari Istana Negara melalui Pintu, kira-kira 1 pada jam 12 tengah hari tadi.

Difahamkan Dr. Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 70 minit dipercayai bagi membincangkan mengenai jawatan Perdana Menteri kelapan.

Beliau sempat melambaikan tangan dan tersenyum kepada lebih 50 petugas media yang menunggunya di luar pintu utama. – BH Online

Loading...