Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pesalah Dadah Lari Tahanan...

SEORANG pesalah kes dadah berjaya ditahan semula tanpa perlawan selepas melarikan diri akibat...

Yingluck Gantikan Politik Dengan...

BANGKOK - Bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membuka kediamannya kepada media antarabangsa...

Video: 10 Kapal Makhluk...

VIDEO yang merakamkan 10 objek pelik berterbangan di ruang udara Osaka ini telah...

Kejatuhan Eksport Negara Bukan...

KUALA LUMPUR - Kejatuhan eksport negara sebanyak 5.5% bagi bulan November 2019 bukan...

Mahathir Sedia Lepaskan Jawatan Jika Majlis Presiden PH Mahu

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta-merta jika Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mahu beliau berbuat demikian.

Beliau menjelaskan sebarang isu berkaitan peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Perkara ini (peralihan kuasa) akan diputuskan apabila empat parti bersama (dalam Majlis Presiden PH) sama ada mereka mahu saya pergi (serah jawatan) atau sebaliknya.

“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi sekarang, saya akan pergi sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa wakil rakyat daripada PKR yang mencadangkan Mei ini sebagai tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen, Subang Wong Chen dalam satu forum malam tadi berkata, kesamaran tarikh peralihan kuasa menyebabkan pelabur menangguhkan pelaburan mereka kerana tidak pasti dengan masa depan politik negara.

Beliau turut berpendapat bahawa dengan peralihan kuasa secepat mungkin akan membolehkan Anwar mempunyai lebih masa untuk melancarkan reformasi yang dijanjikan oleh PH. – BH Online

Kategori