Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pentingkan Pendidikan, Aziz Tak...

SEBAGAI ibu bapa, kita bebas untuk memilih jalan terbaik buat anak yang sedang...

BN Tidak Pernah Pinggirkan...

TUNGKU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku,...

Krisis Politik Kedah: Mukhriz...

KUALA LUMPUR - Bagi mengelakkan kemelut politik Kedah berlarutan, seorang penganalisis politik berpendapat...

7 PATI Wanita Warga...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan tujuh pendatang asing tanpa...

Mahathir Perlu Masa Lebih Panjang Sebagai PM

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Keterah, Tan Sri Annuar Musa secara jujur berpendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad harus memegang jawatan Perdana Menteri untuk jangka masa panjang lagi.

Kata beliau, tambahan pula mandat rakyat untuk menentukan siapa perdana menteri ada pada Dr. Mahathir selaku pemimpin nombor satu negara.

“Ada sebuah portal berita antarabangsa bertanya pada saya, apakah perdana menteri (Dr. Mahathir) harus tukar tahun ini atau tahun depan.

“Sejujurnya saya berpendapat, Perdana Menteri, Dr. Mahathir perlu masa lebih panjang. Lagipun mandat rakyat ada pada beliau,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Mengikut perjanjian antara Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam tempoh dua tahun selepas tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lalu, jawatan perdana menteri akan diserahkan kepada Presiden PKR.

Ini bermakna dalam tempoh Mei 2020, Dr. Mahathir sepatutnya meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Anwar untuk terus menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga habis penggal PRU14 tahun 2023.


Bagaimanapun, ada pihak dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengemukakan usul agar Dr. Mahathir yang merupakan pengerusi parti itu kekal sebagai perdana menteri selama satu penggal PRU.

Mengulas lanjut mengenai siapa Perdana Menteri kelapan, selepas Dr. Mahathir, Annuar yang juga Setiausaha Agung UMNO memberitahu, beliau sendiri tidak pasti.

“Belum pasti siapa. Ada empat calon (perdana menteri),” katanya yang tidak menamakan calon berkenaan. – MalaysiaGazette

Kategori