Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nafi Gambar Bercium, Fatin...

NAMA pelakon Fatin Afeefa dahulunya terkenal dengan filem kanak-kanak yang bertajuk Tentang Bulan...

Bayi Dijangkiti Virus Polio,...

KUALA LUMPUR - Setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada virus polio, Kementerian Kesihatan...

Elvis Masih Hidup, Palsukan...

HIDUP... Spekulasi Elvis Presley masih hidup terus jadi perdebatan susulan kewujudan rakaman suara...

Cardiff Zahir Rasa Simpati...

CARDIFF – Pasukan Liga Perdana England (EPL), Cardiff mengeluarkan kenyataan menzahirkan rasa simpati...

Mahathir Pandu Uji Kereta Sulung Buatan Vietnam

HANOI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memandu uji kereta buatan Vietnam, VinFast, semasa lawatannya ke syarikat FPT Software yang terletak Hoa Lac Hi-Tech Park di sini.

Diiringi Pengerusi Vingroup Pham Nhat Vuong dan juruteknik VinFast Nguyen Anh Hieu, beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) model LUX SA (A) 2.0.

Kereta jenis SUV LUX SA (A) 2.0 bernilai 1.4 billion Dong (RM249,000) dijangka memasuki pasaran Vietnam tahun ini.

Model ini dilengkapi enjin empat silinder DOHC 2.0L turbo, dengan kapasiti 228 hp dan tork maksimum 350 Nm.

Dr. Mahathir, yang kini berada di Hanoi untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari ke republik sosialis ini, turut diperkenalkan dengan dua lagi model kereta VinFast iaitu Fadil dan VinFast Sedan LUX 2.0.


VinFast yang merupakan anak syarikat konglomerat Vingroup, adalah syarikat pembuat kereta Vietnam.

Kilang pemasangan VinFast dilancarkan pada tahun 2017 dan model pertamanya Fadil dilancarkan pada tahun lepas.

Kategori