Mahathir Kesal Penggiat Media Sosial Kritik Raja-Raja Ditahan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa beliau berikutan penahanan penggiat media sosial di Balai Polis Tampoi Johor malam tadi.

Katanya, rakyat bebas mengkritik mana-mana pemimpin dan kebebasan bersuara adalah penting dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

“Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara,” katanya di Twitter rasmi beliau hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, seperti yang pernah ditekankan sebelum ini, tidak ada mana-mana pemimpin di Malaysia yang bebas dari kritikan.

“Saya merasa kesal dengan tindakan menangkap penggiat media sosial tersebut,” katanya lagi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengulas mengenai penahanan penulis dan editor, Firdaus Abdillah Hamzah semalam.

Firdaus atau nama penanya, Pipiyapong ditahan di Balai Polis Tampoi, Johor dipercayai status yang menghina Raja-raja Melayu. – MalaysiaGazette

Loading...