Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lesu, Hilang Deria Bau...

PUTRAJAYA - Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa, kini termasuk dalam gejala...

Polis Tahan Remaja 15...

BERLIN - Polis Jerman menahan remaja lelaki berusia 15 tahun hari ini yang...

Polis Bera Tahan 6...

KUANTAN - Polis menahan enam wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan di...

Nostalgia: Iklan MAS Cari...

MASUK tahun ini, Syarikat Penerbangan Malaysia atau Malaysia Airlines (MAS) kini sudah berusia 43 tahun.Ini merupakan...

Mahathir Kagum Projek Stesen Jana Kuasa Battersea

LONDON – Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji pembangunan Stesen Jana Kuasa Battersea selepas melawat tapak ikonik yang menjadi pelaburan terbesar Malaysia di United Kingdom (UK).

Perdana Menteri dibawa ke Scott Penthouse untuk melihat sendiri keseluruhan projek stesen jana kuasa dan pesisir sungai berhampiran.

“Saya tidak sangka ia sehebat ini. Saya rasa ia sesuatu yang boleh kita banggakan untuk Malaysia menghasilkan sesuatu yang seperti ini,” katanya.

Perdana Menteri turut tidak melepaskan peluang berswafoto dengan berlatarbelakangkan empat cerobong asap di tapak bangunan ikonik itu.

Walaupun kebanyakan program yang dirancang untuk perdana menteri terpaksa dibatalkan kerana hujan, Dr Mahathir jelas kagum dengan apa yang beliau saksikan.

Ia juga adalah lawatan pertama beliau ke tapak yang dibangunkan konsortium Malaysia itu sejak menjadi perdana menteri buat kali kedua pada Mei tahun lalu.

Lawatan selama satu setengah jam itu dilakukan semasa lawatan kerja dua hari ke London, selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 di New York.

Beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland, Datuk Mohamad Sadik Kethergany.

Pembangunan Stesen Jana Kuasa Battersea dimiliki oleh pelabur konsortium Malaysia membabitkan SP Setia, Sime Darby Property dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), manakala aset komersial di dalam bangunan stesen jana kuasa itu kini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KWSP.

Syarikat Stesen Jana Kuasa Battersea yang berpusat di British pula bertanggungjawab menguruskan pembangunan stesen jana kuasa itu.


Projek atas tapak seluas 17 hektar itu merangkumi ruang komersial bercampur seluas 3.5 meter kaki persegi dan 4,239 perumahan baharu.

Circus West Village adalah pembangunan fasa pertama yang dibuka kepada umum pada 2017, membentuk pusat kejiranan di situ, dengan pelbagai kedai dan restoran baharu serta program dan acara yang dinikmati lebih dua juta penduduk setakat ini.

Dalam lawatan sama, Perdana Menteri turut menandatangani satu plak sebagai tanda kehadirannya ke tapak projek Stesen Jana Kuasa Battersea.

Sementara itu, ketika bertemu wartawan Malaysia, Naib Presiden Eksekutif Hartanah PNB, Rick Ramli, berkata Perdana Menteri menunjukkan minat mendalam pada perkembangan keseluruhan projek berkenaan.

“Beliau berminat dengan pelbagai komponen, apa yang menjadikan pembangunan ini unik berbanding yang lain dan lebih penting, bagaimana Malaysia mendapat manfaat dan menyumbang pada projek ini.

“Apabila projek ini dan Malaysia Square selesai dibangunkan pada 2021, adalah menjadi kebanggaan kami jika beliau dapat merasmikannya,” katanya.

Dengan berakhirnya fasa 1, fasa 2 pula dijangka selesai pada musim panas 2021, merangkumi pembinaan di dalam stesen jana kuasa itu sendiri, dan Fasa 3 pula dijangka bermula sebaik saja fasa 2 selesai. – BH Online

Kategori