Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pahat Oh Pahat, Rumah...

*PAHAT OH PAHAT. RUMAH DAH SIAP KENAPA MASIH BERBUNYI.*Saya suka melihat keamanan politik yg ada sejak perlantikan PM9 DS Ismail Sabri selepas episod krisis politik kali kedua yg memaksa YDPA berkenan mengadap ahli2 parlimen untuk memastikan sebuah kerajaan boleh dibentuk.Suhu politik nampaknya tenang. Cuma adalah bunyi2 yg sayup kedengaran terutama DAP yg telah memalu gendang pertikaian berkaitan keabsahan kerajaan DSIS.Dalam soal ni kita serahkan kepada kebijaksanaan YDPA. Betul ada penjelasan yang dibuat dalam warkah YDPA dalam proses mengabsahkan kerajaan di Dewan Rakyat tetapi warkah tersebut sebelum berlakunya proses mengadap semua 114 ahli2 parlimen kehadapan YDPA. Kita serahkan kepada Duli YDPA untuk menitahkan apa saja kepada PM yang YDPA baru sahaja lantik dan tabalkan sebagai Perdana Menteri yang mengikut perlembagaan negara.Sy tinggalkan bab keabsahan. Sekarang sy hanya mahu berkongsi berkaitan bunyi2 yg kurang enak didengar oleh kita semua terutama dari kalangan org2 politik.PPBM ada bunyinya. PAS ada bunyinya. Tetapi sy masih hairan jika UMNO pun masih ada bunyi yang tidak elok. Sebelum ni kata nakkan PM dari UMNO. So dah dapat. Sepatutnya dah takde bunyi.Tetapi org UMNO ni memang suka sgt berbunyi. Soal lantikan itu ini. Kenapa tak lantik org itu dan org ini. KENAPA TAKDE menteri dari pengerusi perhubungan UMNO negeri ini dan itu.So masih kuat bunyi. Masalahnya seolah org umno lupa atau masih tak sedar pada pru14 lepas mereka kalah. Mereka berada dlm kerajaan(semula) selepas Mahathir ranapkan kerajaan PH.So mereka sepatutnya tahu bhw mereka tak mampu nk tubuh kerajaan tanpa sokongan atau persefahaman atau perjanjian atau kerjasama dari parti2 lain.Mereka sedar atau tidak yg mereka hanya ada 42 kerusi parlimen dlm komponen BN.Apakah mereka sedar bahawa mereka berada dlm situasi dimana istilah "Perkongsian Kuasa" itu harus dan perlu berlaku. Kalau dulu PM nak lantik sapa dari parti mana dlm komponen memang takde masalah tetapi hari ni berbeza kerana utk tubuh sebuah Kerajaan Malaysia sekarang ada 4 parti asas kepada kerajaan ini.Nama lagi Keluarga Malaysia. Memang la kena dengar semua suara atau cadangan dr kawan2 atau rakan parti lain.Kena hormat cadangan dan pandangan rakan parti selain UMNO.Ini tidak. Rumah Siap Pahat masih berbunyi. Dulu kita kata PPBM tak hormat UMNO. Tapi hari ni kita plak melakukan  benda yg sama utk tdk hormat rakan parti lain dan mahukan semuanya menjadi milik kita walhal kerajaan ini adalah kerajaan bersama yg hanya PM nyer dari UMNO.APA KELEBIHANNYA PM dari UMNO?Yer.. kelebihannya ialah wajah atau imej UMNO itu berada diatas. Maruah UMNO mencanak naik apabila seorang PM itu datang dr UMNO. Itu kelebihannya.So gunakanlah kelebihan ini supaya UMNO boleh bangkit dan mendapat kepercayaan rakyat bahawa hanya menteri dari UMNO yang mampu dan ada kredibiliti utk mentadbir negara.Kerajaan yg ada adalah sebuah kerajaan yg hanya akan mengutamakan rakyat dan menangani pandemik kesihatan dan membina ekonomi rakyat yg teruk rosaknya. Kerajaan ini perlu menumpukan permasalahan rakyat dan apabila semuanya kembali normal maka yakin dan percayalah bahawa PM DSIS akan mengembalikan mandat kepada rakyat utk membina sebuah kerajaan yang jauh lebih kukuh dan kuat.So org UMNO jangan la pertikaikan banyak sgt. Guna peluang dan masa yg ada utk mendapatkan keyakinan rakyat. Jangan byk sgt bunyi nanti rakyat dengar pun benci dan nanti pru15 rakyat tak bagi undi kat kamu.Masa tu melopong dan menangis dah takde guna.So hari ni bagilah peluang dan ruang yg seluasnya utk Perdana Menteri UMNO memulihkan negara dan mewakili UMNO dalam memimpin seluruh kerajaan Keluarga Malaysia.Semua parti dilibatkan. Semua pemimpin diajak sama utk menuju kejayaan bersama rakyat. Jadi tak elok lah kalau UMNO yang siang malam hanya mengkritik walhal PM tu dari UMNO. Rakyat nk tenang sekarang. Rakyat dapat 500 dah kira besar. Yang kamu dok berebut nak itu ini dan merajuk bila PM tak bagi tu semuanya 0asal juta2 dan ratus riban kan. So jangan la..SO SAMA2 LAH JAGA PM KITA DAN BANTULAH PM KITA UNTUK KITA SAMA2 BERJAYA DEMI KELUARGA MALAYSIA.Nur Hanan Ishak Ibu Penganggur

Keluarga Dan Berbakti Kepada...

ALOR SETAR - Bagi Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah...

2,188 Positif Covid-19 Catat...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 di seluruh negara terus melonjak dan mencatat...

TMJ Nasihat `Haters’ Sokong...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Mahathir Jangka BN Menang Tapi Majoriti Tak Lebih 2,000 Undi

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad memang sudah menjangkakan calon Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam kenyataan selepas dua hari Pakatan Harapan (PH) kalah di Tanjung Piai berkata, jangkaannya majoriti kekalahan tidak lebih daripada 2,000 undi.

Namun keputusan rasmi majoriti kekalahan ialah sebanyak 15,086 undi.

“Saya ambil maklum keputusan pilihanraya kecil Parlimen Tanjung Piai yang diadakan baru-baru ini.

“Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan. Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak lebih dari 2,000 undi,” kata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.

Menurutnya, satu post-mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti akan dibuat bagi mengenal pasti apakah punca sebenar kekalahan pilihan raya kecil ini.

Beliau turut mengucap terima kasih kepada mereka yang bekerja keras sepanjang pilihan raya kecil tersebut.


Parlimen Tanjung Piai kembali menjadi milik Barisan Nasional apabila calonnya Datuk Seri Wee Jeck Seng memperoleh 25,466 undi, mengalahkan calon Pakatan Harapan, Karmanie Sardini yang meraih 10,380 undi pada PRK baru-baru ini.

PH gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Datuk Dr. Md Farid Md Rafik pada 18 bulan lalu.

Pada PRU-14 Mei tahun lalu, Md Farid, yang juga dari Parti Bersatu Pribumi Malaysia memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru

PRK itu diadakan susulan kematian Md Farid pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Kategori