Mahathir Enggan Ulas Isu VVIP Jumpa Azilah

PUTRAJAYA – Perdana Menteri hari ini enggan mengulas ketika ditanya wartawan sama ada beliau ada berjumpa dengan Azilah Hadri atau tidak.

Sambil tersenyum, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum bangun menamatkan sidang media susulan lawatannya ke Bandar Malaysia selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian antara TRX City Sdn. Bhd. (TRXC) dan IWH CREC Sdn. Bhd. (IWH-CREC) hari ini.

Sebelum itu, ada dakwaan mengatakan Azilah yang juga bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis ada berjumpa dengan VVIP sebelum mengemukakan akuan bersumpah (AD) mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengarahkannya membunuh Altantanyu Shaariibu.

Azilah kini di Penjara Kajang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara Kajang pada Februari lalu. – MalaysiaGazette

Loading...