Mahathir Elak Jawab Isu Palsu Kelayakan Akademik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengelak untuk menjawab soalan mengenai kontroversi pemalsuan kelayakan akademik terutama dalam…

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengelak untuk menjawab soalan mengenai kontroversi pemalsuan kelayakan akademik terutama dalam kalangan anggota kerajaan semasa sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Soalan itu ditanyakan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanyakan apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap integriti Malaysia sedangkan negara berdepan kontroversi beberapa ahli Kabinet memalsukan kelayakan akademik serta manifesto pilihan raya tidak ditunaikan.

Ketika menjawab soalan tersebut, Dr. Mahathir sekadar menyalahkan kerajaan terdahulu yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini sukar menunaikan janji-janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan mengenai pemalsuan kelayakan akademik.

Keadaan itu menyebabkan Ahmad bangun mempertikaikan mengapa soalan tersebut tidak dijawab sepenuhnya, namun tidak dibenarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof kerana masa bertanyakan soalan telah tamat. – UTUSAN ONLINE

Loading...