Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

50 Tahun Berlalu, Akhbar...

PERMERGIAN lagenda tinju Muhammad Ali ke rahmahtullah, ternyata begitu dirasai oleh seluruh dunia.Impak...

Mesej Kaitkan TMJ Disiasat...

KOTA TINGGI – Mesej palsu mendakwa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Wan Azizah Kesal Anwar...

KUALA LUMPUR - Entah mengapa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri...

Ketakutan Diganggu ‘Poltergeist’ Pasangan...

SEORANG ibu dan anak lelakinya umpama 'dihalau' dari kediaman mereka oleh apa yang...

Mahathir Cadang Tubuh MAGERAN Kepada Agong

KUALA LUMPUR – Sebuah majlis khas seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) antara cadangan diusulkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, cadangan terbabit diutarakan selepas melihat keberkesanan Mageran menyelesaikan konflik politik ketika era pentadbiran Tunku Abdul Rahman.

Beliau juga mencadangkan Mageran dianggotai pakar dalam pelbagai bidang dan tidak hanya tertakluk kepada ahli politik semata.

“Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ada pelbagai idea (untuk atasi masalah Covid-19, ekonomi, sosial dan politik), namun jika tiada majlis seperti Mageran, ia menyukarkan kita untuk melaksanakannya kerana kita di luar kerajaan.

“Saya nyatakan kesediaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk berkhidmat sekiranya majlis berkenaan ditubuhkan kerajaan,” katanya dalam sidang media secara maya di pejabatnya, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, petang tadi.


Mengulas lanjut, beliau berkata, penubuhan majlis itu perlu dicadangkan kerajaan sebelum dipersetujui semua pihak, dan ia dilihat kaedah yang boleh membantu negara keluar daripada kemelut Covid-19.

Dalam pada itu, apabila ditanya waktu yang sesuai bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Dr Mahathir berkata, pemilihan kerajaan baharu boleh dibuat hanya selepas Malaysia mencapai 80 peratus imunisasi kelompok.

Tegasnya, PRU tidak sesuai diadakan ketika ini kerana boleh menyebabkan kes jangkitan Covid-19 meningkat seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri Sabah, tahun lalu. – myMetro Online

Kategori