Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Dijangka Bincang Sertai...

KUALA LUMPUR - UMNO dijangka membincangkan penyertaan mereka dalam Himpunan Mega mengenai pindaan...

Korban COVID-19 Di AS...

NEW YORK - Korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka mengerikan 20,000,...

Aidilfitri: Aliran Trafik Ke...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya PLUS ke arah utara dilaporkan...

Miliki Bahan Lucah, Pekerja...

IPOH - Seorang pekerja kilang didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari...

Mahathir Cadang Kampus Cawangan Universiti Jepun

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Jepun memantapkan kedudukannya dalam landskap pendidikan di Malaysia dengan mewujudkan sebuah kampus cawangan universiti di sana.

Perdana Menteri berkata perkara itu telah disampaikan kepada rakan sejawatannya Shinzo Abe semasa pertemuan mereka di sini pada Selasa.

Dr. Mahathir berkata Malaysia adalah lokasi yang baik untuk tujuan itu kerana kos yang lebih rendah.

“Jika ini menjadi kenyataan, lebih ramai rakyat Malaysia boleh mendapatkan pendidikan Jepun dan pada masa sama negara-negara miskin di Afrika dan Asia juga boleh menghantar para pelajar ke Malaysia di mana mereka boleh mendapatkan pendidikan Jepun tanpa perlu datang ke Jepun yang terkenal dengan kos yang tinggi,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada Selasa, hari terakhir lawatan kerja tiga hari ke Jepun bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei.

Perdana menteri berkata beliau menegaskan kepada Abe bahawa negara-negara seperti Australia, China dan yang lain telah menubuhkan kampus cawangan universiti di Malaysia.

“Kita telah meminta Jepun untuk melakukan perkara yang sama namun malangnya mereka dikekang oleh dasar dan juga dana. Namun kami berharap kerajaan mereka akan mempertimbangkannya,” katanya.


Dr. Mahathir berkata Abe memberi beliau masa yang cukup untuk berkongsi tentang cabaran yang dihadapi Malaysia.

“Dia beri pengakuan bahawa setakat yang dia mampu dia akan tolong,” tambah beliau.

Mengenai pertemuannya dengan pemimpin organisasi ekonomi utama Jepun pagi tadi, Dr. Mahathir berkata mereka menunjukkan minat untuk meningkatkan pelaburan dan aktiviti mereka di Malaysia.

“Saya mengesan sentimen yang amat positif di kalangan mereka tentang Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan akan mengkaji semula peraturan atau prosedur yang tidak mesra perniagaan. – BERNAMA

Kategori