Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Setiap Pemain Bola Kelab...

SHANGHAI - Ketika banyak pasukan bola sepak bersaing mencari pemain import terbaik, sebuah...

Projek Forest City Tidak...

Yang gagal itu adalah jiwa Mahathir

Diskaun Tol 10% Di...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan...

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi...

BANGKOK: Pihak berkuasa Malaysia tidak menuntut ekstradisi ke atas 'Raja Dadah' warga Malaysia...

Mahathir Boleh Lantik Anwar Jadi Menteri Tugas Khas – Kadir

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Kabinet sebagai Menteri Tugas Khas.

Ini pendapat Datuk A.Kadir Jasin dalam mengulas keputusan Dr. Mahathir untuk merombak Kabinet susulan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

“Sudah tiba masanya peranan Anwar disemak kembali. Rombakan kabinet sangat diperlukan bukan saja kerana kadar sokongan terhadap PH menurun,” kata Kadir dalam tulisan terbaharu di blognya pada Isnin.

Tambah Kadir yang merupakan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Dr. Mahathir boleh membawa Anwar ke dalam Kabinet sebagai Menteri Tugas Khas, namun Anwar secara berseloroh berkata beliau ‘tidak memohon untuk jawatan dalam Kabinet’.

Menurutnya, pengurangan ‘politicking’ (berpolitik) dan penumpuan kepada aspek pentadbiran pasti akan membawa kebaikan.


Tambahnya, isu berhubung peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dan Anwar sepatutnya diserahkan kepada dua pemimpin veteran tersebut.

“Campur tangan boleh menjejaskan peralihan yang dipersetujui. Dan jika Anwar telah belajar dari episod lampau, beliau mampu untuk meredakan penyokongnya,” tambah Kadir – Astro AWANI

Kategori