Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Blackberry Leap Boleh Didapati...

KUALA LUMPUR - Blackberry Leap yang baharu boleh didapati di Malaysia mulai 20...

Shukri Yahaya Timang Cahaya...

TAHNIAH Mynewshub ucapkan kepada aktor Shukri Yahaya dan isteri, Tya Adnan atas kelahiran...

Jalaluddin Hassan Pengsan Selepas...

AKTOR dan pengacara terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan pengsan selepas menjadi tamu program bual...

Akhimullah Tekad Terus Sumbang...

JOHOR BAHRU - Pencapaian menjaringkan gol tunggal negara ketika beraksi menentang England pada...

Mahathir Bawa Siti Hasmah Keluar ‘Dating’ Di KL

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad memanfaatkan cuti hujung minggu hari ini dengan membawa isteri, Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial, pemimpin berusia 94 tahun itu dilihat memandu sendiri kereta Proton ke ibu kota bersama isterinya.

“Sekali sekala bawa Hasmah ‘dating’ di KL,” katanya dalam satu hantaran di Instagram @chedetofficial, hari ini.

Pasangan romantis itu juga meluangkan masa menjamu selera di sebuah kafe dipercayai di Jalan Bukit Bintang.

Hantaran yang mengandungi tiga keping gambar dan satu video itu telah memperoleh lebih 55,000 ‘likes’ dan 2,000 komen netizen.


Hantaran berkenaan turut mencuri tumpuan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza yang memberi komen berbentuk emoji hati (love).

Selain itu, rata-rata netizen juga mengagumi keutuhan cinta Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka berdua.

Kategori